View: 33232|Reply: 47
|
[Tempatan]
Tuan Haji Ali Hassan..Pengasas kedai sukan Al-Ikhsan Dedah 30 Tahun Berniaga Tak Naikkan Harga Barang
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 3-10-2024 11:36 PM
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @FahdiGhazali, dia menemu ramah pengasas kepada empayar Al-Ikhsan iaitu Tuan Haji Ali Hassan.
Ikon bisnes hebat ini berkongsi yang dia sedia menawarkan barangan seperti kasut sukan bermula harga serendah RM100 sehingga ribuan ringgit. Kedainya bukan sahaja menawarkan alat atau pakaian berjenama terkenal malahan ia tampil membawa jenama kurang popular tetapi berkualiti serta berfungsi dengan baik.
“Yang mahal ada dekat Football Republic, yang sederhana pula ada di Al-Ikhsan Sports dan yang nak lagi murah dekat Sport Warehouse.
“Jadi kalau anak-anak orang datang, dia kata ak janji beli dekat Al-Ikhsan pun aku(merujuk pada dirinya) dah happy,” kongsinya.
Walaupun dituduh membawa barangan tiruan dan menerima teguran Al-Ikhsan tidak tampak premium seperti kedai sukan terkenal lain, Tuan Haji Ali Hassan menegaskan yang dia menjual barangan tulen dalam masa sama mahu memenuhi keperluan buat keluarga yang kurang berkemampuan tapi mahu mendapatkan barangan yang berkualiti.
“Jadi orang datang ke kedai kita untuk beli barang itu, kita provide benda itu ada manfaat,” katanya lagi.
Tambah beliau lagi, sebab tidak mahu menaikkan harga sejak 30 tahun yang lalu adalah kerana pernah merasai fasa hidup yang susah pada suatu ketika dahulu sebelum berjaya seperti ini.
“Kerana aku tahu, aku ada perasaan sebab aku juga susah dulu. Bila aku nak beli barang, macam ni lah susah dia,” kongsinya sebab tidak mahu menaikkan harga barangan sejak 30 tahun lalu
Dengan menjalankan bisnes sebegini, beliau turut merasa bahagia kerana dapat memenuhi segmen orang yang berpendapatan rendah dan dalam erti kata lain dapat menyumbang semula kepada masyarakat tanpa menfokuskan keuntungan semata-mata.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ni iols ingatkan kedai al ikhsan ni ada kaitan dengan kedai ikhwan tu, rupanya bukan eh |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 3-10-2024 11:46 PM
Sebelum ni iols ingatkan kedai al ikhsan ni ada kaitan dengan kedai ikhwan tu, rupanya bukan eh
Laa..kesian.. hahahaha
Ni mcm GIBS org ingtkn ada kaitan dgn GISB la ni |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 4-10-2024 01:11 AM
Laa..kesian.. hahahaha
Ni mcm GIBS org ingtkn ada kaitan dgn GISB la ni
GIBS tu ape pulak |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 4-10-2024 06:29 AM
GIBS tu ape pulak
Gabungan Profesional Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor
Tak memasal org kaitkan dgn GISB |
|
|
|
|
|
|
|
Org susah gi bli kasut kt al ikhsan ke?
Over sgt perumpamaan
|
|
|
|
|
|
|
|
ya auloh hahahaha, lain chuols, lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahah kalau ponder mydin ke bata ke ckp cmni logik la gak
|
|
|
|
|
|
|
|
Owh ingt alikhsan bukan bumi punya. Rupanya bmf jgk alikhsan ni. Blh la sapot pasni |
|
|
|
|
|
|
|
mmg selalu beli kasut sukan anak kat alikhsan... sbb lagi murah dari butik.... cuma kualiti jgn harap macam butik premium.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah beli kasut adidas kt situ, x sampai sebulan tapak dah tercabut......komplen kt store manager dia ckp tu brg dah outdated......siyesla dah expired knp jual juga? |
|
|
|
|
|
|
|
kasut kat alikhsan ni ori ke tak chuols? sbb murah dari butik. lps tu kalau try kasut dia mcm tak seselesa yg jual kat butik. i confuse |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni jual barang macam gred AAA punya tiruan. Cepat rosak kasutnya. Beli di hcm lagi tahan. Kalau betul tiruan, takde pulak kena tindakan? |
|
|
|
|
|
|
|
penipu. tak payah ko nak propa sangat. stokin2 ko dulu murah, sekarang? sandal ko dulu murah, sekarang? aku cakap brand al-ikhsan ye,bukan puma nike adidas. baik aku masuk sport directs or decathalon |
|
|
|
|
|
|
|
harga murah sikit je dari original....
baik beli ori... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang miskin mana yg akan beli kasut bola umbro ke lotto yg paling kurang pun dekat RM200 sepasang pak cik oiii?
|
|
|
|
|
|
|
|
betul.. mahal sekarang ni..
baik tambah sikit gi beli kat butik..
confirm original..
shopee lagi murah..
sama je kualiti dapat..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi betul la kasut2 dia x ori ye.. boleh pulak jual benda x ori terbuka macam tu
Patutla.. aku suka brand S yg ummah boikot sekarang ni.. ada design yg jual kat al ikhsan tapi xde kat mana2 outlet S & online. Ntah mana la derang ambik |
|
|
|
|
|
|
| |
|