CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23529|Reply: 8

Seram! Lubang Benam Sedalam 50 Meter Tunggu Masa Telan Petani

[Copy link]
Post time 2-7-2024 11:36 PM | Show all posts |Read mode






KARAPINAR, Turkiye – Setiap kali petani, Fatih Sik memandu traktor merentasi ladang gandumnya di bandar Karapinar, dia sedar bumi di hadapannya boleh terbuka dan menelannya pada bila-bila masa.


Kata Fatih, dua lubang benam gergasi telah muncul di atas tanahnya di Konya yang dikenali sebagai jelapang roti Turkiye dalam masa terdekat.


“Risiko tanah jerlus dan lubang benam bagaikan jerangkap samar di sini. Saya terfikir akan menemui ajal di dalamnya.


“Namun, saya terpaksa juga bekerja, kalau tidak, keluarga saya akan kelaparan,” kata petani berusia 45 tahun itu.


Kawasan di rantau Anatolia itu mempunyai sejarah lubang benang sejak berkurun-kurun lamanya.


Bagaimanapun, bilangan lubang maut itu meningkat sejak beberapa tahun lalu akibat penggunaan dan penggalian telaga secara maksimum ketika kemarau melanda Turkiye.


Banyak lubang benang yang terbentuk amat dalam, malah mencapai kedalaman sehingga 50 meter.


“Antara faktor utama fenomena lubang benam ini berlaku adalah kerana perubahan iklim,” kata Profesor Madya di Universiti Teknikal Konya, Arif Delikan.


Alif berkata, beliau telah merekodkan sebanyak 640 lubang benam muncul di Konya dan  lebih 600 berada di Karapinar sahaja. – AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2024 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tremors

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 3-7-2024 12:36 AM

Gali telaga banyak2 timbul lubang benam pulak.
Belah asia tenggara pulak tunggu masa tenggelam sbb dekat dgn laut.
Tak check map, rasanya anatolia tak bersebelahan dgn laut sbb tu lubang2 camtu. Selalunya ladang gandum kat sebelah banjaran tgh2 benua mcm prairie canada.




Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Besaqnya...

Rasanya cacing tremors tak besaq mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 08:21 AM | Show all posts
scarry gilerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 10:12 AM | Show all posts
takut pulak tengok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2024 10:15 AM | Show all posts
alah seriau plk tgk. tak boleh dipagar kan ke? kalau termasuk tu mampoi mcm mana nak mendaki keluar
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 04:34 PM | Show all posts
besarnya lubang ni.. meteor jatuh ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2024 04:51 PM | Show all posts
pekata letak pagar
idok le terlajak ke dalam


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.061602 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list