CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24242|Reply: 22

Polis London Siasat Aktiviti Sentap Tudung Wanita - “Tiada Tempat Untuk Tingkah Laku Seperti Ini Di London"

[Copy link]
Post time 2-7-2024 11:30 PM | Show all posts |Read mode




LONDON – Polis Metropolitan London menyiasat rakaman video memaparkan seorang penyerang menarik tudung beberapa wanita beragama Islam ketika mereka berjalan di barat London, lapor akhbar Metro UK semalam.


Rakaman tular di laman sosial menunjukkan sejumlah wanita bertudung menjadi sasaran seseorang yang merakam kejadian tersebut di Kensington.


Seorang pengguna Instagram, Bahar Mahroo yang berkongsikan video itu berkata: “Sama seperti anda merampas demokrasi daripada kami di Iran dan memaksa kami memakai tudung, disebabkan kami mempunyai demokrasi di negara ini, kami akan menanggalkan tudung ini  daripada anda.”


Bahar bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan dalam serangan itu dan berkata, dia hanya berkongsi video berkenaan.


Sementara itu, Polis Metropolitan London berkata: “Tiada tempat untuk tingkah laku seperti ini di London.


“Kami sedang berhubung dengan salah seorang mangsa dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan keadaan sebenar dan menangani sebarang kesalahan yang dilakukan.”


Pemakaian tudung diwajibkan di Iran sejak tahun 1983 selepas Revolusi Iran pada 1979. – AGENSI


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Benci sungguh persian dengan 1979 revolution....seperti support pula tarik hijab...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 09:29 AM | Show all posts
Sama seperti anda merampas demokrasi daripada kami di Iran dan memaksa kami memakai tudung, disebabkan kami mempunyai demokrasi di negara ini, kami akan menanggalkan tudung ini  daripada anda


bodowww, pompuan2 tu ke yg tindas korang? ke sbb pompuan, maka ngko berani cari pasal. gitu ke cara protes? dasar pengecut.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tudung bukan sekadar pakaian. Boleh jadi macam2. It's a political statement. Bagi aku lah when you're in non muslim countries macam di europe atau jepun, lebih aman free hair sahaja lah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-7-2024 10:26 AM
Tudung bukan sekadar pakaian. Boleh jadi macam2. It's a political statement. Bagi aku lah when you'r ...

tak boleh suka2 hati nk free hair di negara non Muslim... bertudung tetaplah wajib... dan tidak wajar mengaitkan tudung dgn political statement...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 12:06 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-7-2024 08:18 PM

Mungkin ini pasal kes pro-Palestine buat protest di jalanan setiap hari di jalanan di seluruh bandar di united kingdom sehingga menganggu kehidupan, perniagaan etc merosakkan banggunan dan juga memukul penduduk tempatan dan juga setiap tempat mesti dijaga oleh polis.
Sekarang ni jews dan penganut agama christian bersatu menentang pro Palestine.

Dan juga fedup dengan pendatang hara yang menyeberangi english channel. Banyak hotel ditutup hanya untuk menemptkn pendatang haram. British gov terpaksa membayar kepada france gov ratusan juta untuk menghalang pendatang menyeberang English Channel dan juga btitish gov trrpaksa membelanjakan £7 million setiap hari untuk menempatkan dan manjaga penyandang haram ni.  Sekarang ni memang kecoh pasal pendatang haram dan pro Palestine ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2024 02:34 PM | Show all posts
OshinDaSolja replied at 3-7-2024 11:23 AM
tak boleh suka2 hati nk free hair di negara non Muslim... bertudung tetaplah wajib... dan tidak wa ...

Siapa kata tak boleh, us or them? Kalau bertudung itu bukan political statement, what statement is it fashion?

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
I baca yg tarik tudung tu staff nhs...takut nya kalau org gini dlm nhs tu... silap2 ada org islam mati kena bunuh senyap2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated: Tudung bukan sekadar pakaia[quote]Decaffeinated: Tudung bukan sekadar pakaian.  ...

Nak selamat jadi wanita muslim kena free hair? Apa punya liberal statement la.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-7-2024 02:34 PM
Siapa kata tak boleh, us or them? Kalau bertudung itu bukan political statement, what statement is ...

Bertudung bukan politik tapi perintah Allah. Kau tak nak ikut perintah Allah,mtak payah la nak suruh org buang tudung bagai. Takde sape paksa kau pakai tudung pun. Iran tu shiah memang diaorang buat undang2 macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 3-7-2024 03:05 PM
I baca yg tarik tudung tu staff nhs...takut nya kalau org gini dlm nhs tu... silap2 ada org islam ma ...

Dah lama diaorang bunuh orang islam terang2 dan senyap2 pun, di britain dulu ada satu keluarga muslim pakistan kena langgar dengan lori oleh oemandu yang benci org islam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 04:01 PM | Show all posts
Itzy replied at 3-7-2024 03:52 PM
Bertudung bukan politik tapi perintah Allah. Kau tak nak ikut perintah Allah,mtak payah la nak sur ...

Did I sound like aku paksa ka then maybe I should rephrase. Aku lelaki lah buat apa pula aku nak bertudung tapi kalau ada saudara2 perempuan aku nak free hair masa travel spt di US, Europe atau Jepun aku OK ja. It's even safer (in a way la) and certainly you don't invite unnecessary attention.

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah lah

Pada macik
Kepala dia
Rambut dia
Dosa dia
Biarlah dia
Nak pakai ke tak pakai
Itu hak dia
Asalkan dia tak paksa orang lain ikut dia

Koserrr nak jaga dosa orang
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai turban.
Easy.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 3-7-2024 08:51 PM

Omputih memang dah rengsa dengan tudung. Masalahnya kadang2 yang muslim pun perangai menjengkelkan. Bila orang tak bertudung kena harass jugak. Apa kata lantakkan siapa nak tudung siapa taknak tudung. It’s just a piece of cloth.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak suka artis pelakon bertudung.sbb rasa tak sesuai pakai tudung dlm bilik tido berbual dengan laki sendiri. Kalau menyanyi okay la. Sbb bole fesyen mcm mcm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2024 03:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dah kenapa nk tarik tudung org plak. nk buat political statement pun boleh x jgn harrass n violate privacy org lain. apa masalah mental org main tarik2 tudung org. contohnya kalau org tarik seluar u in public, mmg wajib kena sepak terajang dah. gitulah perasaan wanita bertudung ni. mmg trigger betul baca news ni. dulu pernah ada seorg mamat ni nk gurau kononnya tp pi tarik tudung i sampai tertetas keronsang n terbuka. i punya menyirap nk marah terus mengalir air mata. geram rasa nk sepak. tp x mampu sbb terlalu nk marah plus malu sgt2. last2 lari n menangis je mampu. so pathetic rasa. sampai skrg i wish i should hv sepak him or somethg.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2024 05:36 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 3-7-2024 12:06 PM
Mungkin ini pasal kes pro-Palestine buat protest di jalanan setiap hari di jalanan di seluruh bandar ...

Kerajaan British terima je lah pendatang2 tu. Kalau ikutkan sejarah negara British jugalah yg banyak porak perandakan negara lain, datang menjajah, mencuri khazanah dan artifak, membawa masuk Yahudi ke Palestin sehingga terbentuknya negara haram Israel dan macam2 lagi lah, Jadi British/ Britain / United Kingdom ni tak boleh dikatakan suci juga, tangan penuh dosa2 lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2024 05:59 AM | Show all posts
Decaffeinated: Tudung bukan sekadar pakaian. Boleh jadi macam2. It's a political statement. Bagi aku lah when you're in non muslim countries macam di europe atau jep ...


sis.. pakai tudung mmg tak wajib dalam islam, takde pun tulis dalam quran..  tapi tutup aurat tu tetap wajib ye, sis kan terpaling educated.. mesti tau.. kalau tak nak pakai tudung, suruh je pakai hoodie as hijab, so dah boleh perfectly blend with others.. tak susah kan?

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 3-7-2024 09:29 AM
bodowww, pompuan2 tu ke yg tindas korang? ke sbb pompuan, maka ngko berani cari pasal. gitu ke car ...

Kannnn..nasib kau dah cerca dulu.

Orang lain yang menindas, orang lain yang dapat balas. Apa ke bengap. Dunia tipu tipu ni memang penuh dgn manusia mental bengap dan bodoh. Selayaknya pemimpin pun semua bodoh belaka dah rakyat marhaen pun majaroti bodoh bengap.

Sekian
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051828 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list