View: 21241|Reply: 17
|
Ramai Mengaku Jadi Anak Raja Sultan Pahang Di Media Sosial, Tengku Hassanal Tampil Beri Amaran
[Copy link]
|
|
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama serta gambar Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Amaran ini dikeluarkan oleh Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook rasmi mereka.
Menurut hantaran tersebut, Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7.
“Sebarang akaun lain termasuk di Facebook, Instagram, TikTok atau Threads yang menggunakan nama dan gambar baginda adalah palsu,” menurut kenyataan tersebut.
Kesultanan Pahang menekankan kepentingan untuk memeriksa kesahihan sesuatu akaun media sosial sebelum mempercayai atau mengikuti sebarang kandungan yang dikongsi.
Pengguna diingatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak terperangkap dengan maklumat palsu yang mungkin disebarkan melalui akaun-akaun tidak sah tersebut.
Penyebaran akaun palsu ini bukan sahaja boleh menjejaskan reputasi Tengku Mahkota Pahang, tetapi juga boleh membawa kepada penyalahgunaan maklumat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, masyarakat diharapkan dapat menyemak dan memastikan kesahihan setiap akaun yang mereka ikuti di media sosial.
Untuk mengelakkan kekeliruan dan penipuan, orang ramai digalakkan untuk hanya mengikuti akaun rasmi @this.7 di Instagram bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih mengenai Tengku Mahkota Pahang.
Kesultanan Pahang turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mematuhi dan menyebarkan amaran ini bagi memastikan keselamatan maklumat dan nama baik institusi diraja terpelihara.
Justeru, semua pihak dinasihatkan untuk berhati-hati dan berwaspada terhadap akaun-akaun media sosial palsu serta sentiasa memastikan kesahihan sumber maklumat yang diperoleh dari media sosial.
Sumber : Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
Yang buat account fake, account fans, mesti jenis pompuan delulu, kepam, hangit... budak2 baru nak tumbuh bulu pukis, bau hanyir... pstu feeling admin page THIS... banyak ye kat tiktok, siap reply komen bagi pihak THIS,
"thanks"
"soon kita update baru"
"THIS say thanks"
hahahah ko ingat THIS nak pandang kau ambik jadi PA ke dik.... siannn..
Pastu pompuan delulu otak senget macam Kak Liza Eyeshadow Biru pun feeling lah THIS reply dia, dm dia... sampai kemaruk pompuan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorg pompuan mereng kt tiktok lagi la dok gila bayang kat dia |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
semalam tertengok vid stich rahmankayy yg liza gila jantan ni meroyan kat hazran. terus kedengaran normal. |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon @this.7 masuk forum cari mencemar duli.. tihih |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 2-7-2024 11:21 AM
Siapakah? |
|
|
|
|
|
|
|
Nyah terkebil-kebil mak menengok gambar minah senget ni. @krustykrab
Semoga tak masuk dalam mimpi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ad orang impersonate dia ke? Kalau setakat can account tu.....biarkan ajo |
|
|
|
|
|
|
|
Mata org lain2 kan....aku tgk biasa2 je |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 2-7-2024 11:21 AM
Siapa ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 2-7-2024 02:53 PM
Mohon @this.7 masuk forum cari mencemar duli.. tihih
Ajmee poremer.. anak poremer jugak ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib ko x main socmed dikkkk
Nati takut luar kawalan
Marhaen nak komen lebih kang kena ketuk pintu lakkkk
Jauhi social media... |
|
|
|
|
|
|
| |
|