CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9616|Reply: 0

Hina mahkamah: Lokman Adam terlepas hukuman penjara

[Copy link]
Post time 1-7-2024 10:32 PM | Show all posts |Read mode






PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini meminda hukuman penjara satu bulan yang dikenakan terhadap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kerana menghina mahkamah dengan mengugut saksi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada bon kelakuan baik.


Bon berkelakuan baik itu diperintahkan berkuat kuasa selama setahun dan kegagalan mematuhi bon berkenaan atau melanggar aku janji yang diberikan dalam tempoh tersebut membolehkan Lokman dikenakan hukuman sewajarnya.


Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Tan Sri Nallini Pathmanathan dan bersidang bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Abu Bakar Jais sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati terdapat perubahan material dalam kes itu.


“Adalah wajar untuk dinyatakan dalam penghakiman mahkamah terdahulu (Mahkamah Tinggi) bahawa perayu (Lokman) tidak memohon maaf dan tidak menunjukkan sebarang kekesalan. Bagaimanapun pada prosiding hari ini, Perayu telah mengemukakan permohonan maaf yang menggambarkan kekesalan dan keinsafan. Perayu malah membuat aku janji tidak akan mengulangi kesalahannya.


“Berdasarkan nota rayuan dan penghakiman, terbukti bajawa kegagalan perayu memohon maaf seawal mungkin menyebabkan beliau dikenakan hukuman tersebut (penjara sebulan). Bagaimanapun, dalam rayuan hari ini, terdapat perubahan material yang memerlukan Mahkamah ini membuat pertimbangkan iaitu permohonan maaf perayu. Mengambil kira permohonan maaf dan akujanji yang diberikan, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman penjara tidak sesuai.


“(Bagaimanapun) Kami juga telah memberi pertimbangan bahawa permohonan maaf ini tidak memadamkan kesalahan yang telah dilakukan. Namun ia tetap memberi impak terhadap hukuman yang akan dikenakan,”kata Hakim Nallini ketika membaca penghakiman ringkas panel terbabit.


Terdahulu, Lokman membacakan permohonan maafnya dan antara lain menyatakan bahawa beliau menyedari bahawa tindakan yang dibuatnya merupakan bukan sahaja satu serangan terhadap integriti Jabatan Peguam Negara, tetapi juga merupakan satu tindakan mengugut saksi dan sekaligus menganggu proses pentadbiran keadilan.


Sumber– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.135667 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list