CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10779|Reply: 15

Pilih Untuk Kahwin Semula Selepas Lima Tahun Berpisah, Anak-Anak Yang Paling Gembira – “Kami Buang Ego, Baiki Kesilapan”

[Copy link]
Post time 25-6-2024 11:10 PM | Show all posts |Read mode




Tiada yang lebih gembira daripada anak-anak selepas ibu bapa berkahwin semula dan itulah yang dilalui keluarga ini.

Nur Amirawati Md Zuki, 34, berkahwin semula buat kali kedua dengan suami, Ahmad Saharudin Mohd Salleh, 39, pada November 2022 selepas berpisah lima tahun kerana tiada persefahaman.

"Anak adalah individu paling bahagia ketika saya dan suami berkahwin semula, malah kerana mereka juga saya dan suami membuang ego serta membaiki kesilapan lalu."






Ceritanya, dia dan suami berkahwin berkahwin buat kali pertama pada Februari 2011 dan berpisah dengan keputusan dia menjaga tiga anak mereka di Sungai Jerik manakala suami pula berpindah ke Melaka.

Kata Amirawati, ketika berpisah dahulu, tiga anaknya, Ahmad Syazwan, 13, Nur Ain Insyirah, 11, dan Ahmad Ammar Syahmi, 10 masih kecil dan pelik mengapa bapa mereka tidak tinggal serumah lagi.

"Mereka hairan bapanya selalu telefon tetapi tidak pernah pulang ke rumah. Apabila besar anak sulung semakin faham situasi kami. Ketika PKP lalu, suami tidak boleh balik ke Maran dan anak ketika itu sedih dan kami buat panggilan video sebelum anak meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa bapanya."

Suaminya sudah beberapa kali menyatakan hasrat dan mengajaknya untuk kembali bersama namun kata Amirawati dia belum bersedia sehinggalah pada 2022 mereka akhirnya disatukan buat kali kedua.

Tambahan pula, kedua belah keluarga menyokong dan merestui agar mereka berdua bernikah semula demi anak-anak.

"Saya dan suami lihat semula kesilapan kami dan buang ego demi tiga anak, malah kami juga tidak mahu anak menumpang kasih dengan orang lain sedangkan kami masih ada dan sebenarnya perasaan sayang juga masih ada."

Katanya, perkahwinan kali ini lebih bermakna kerana mereka belajar daripada kesilapan lalu terutamanya dalam menjaga emosi dan sikap bertolak ansur serta saling memahami.

"Saya akui ia berbeza berbanding dulu apabila sekarang kami lebih ‘cool’, ada apa-apa kami saling dengar penjelasan dan lebih bertolak ansur."

SUMBER : Harian Metro / Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2024 02:18 AM | Show all posts
Mamubella merenung tajam
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawen ni sampai bile2 ada ujian.. Terpulang la masing2 nk handle.. Mujur la couple ni Dua2 nk berubah.. Klu sorang je nk berubah mmg x jd apa
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 09:12 AM | Show all posts
tahniah
moga kawen kali ke2 ni bawa bahagia untuk keluarga ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 09:16 AM | Show all posts
A postive values in life will aways be there in between the test that u always facing with everyday.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 09:31 AM | Show all posts
rindu nak romen2 je ni... ehehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2024 12:35 PM | Show all posts
boleh tambah anak lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka suami macam watak kartun majalah ujang, dekkkkk……
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2024 03:00 PM | Show all posts
jangan pula bila cerai esok
muncul kalimah
-kami dah cuba sedaya upaya
untuk  pertahankan jodoh ini
tapi takdir mengatasi segalanya-

apapun semoga yang baik-baik saja
buat pasangan ini
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 26-6-2024 12:52 PM
Muka suami macam watak kartun majalah ujang, dekkkkk……

katun mat despatch tu ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tmpg happy utk fmly ni...anak2 pun happy.
depa ni cerai elok la kot anak2 video call jmp bapaknya selalu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 26-6-2024 03:11 PM
katun mat despatch tu ke sis?

Nostalgia pulak akak sissy. Kat mana nak cari lagi majalah ujang yach sissy? Maksud akak majalah fizikal lah khen, tak mau yang e book e book bagai sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 05:38 PM | Show all posts
Alhamdulillah moga sama sama lebih matang & banyak bersabar selepas ni tempuh alam perkahwinan semula
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 26-6-2024 04:21 PM
Nostalgia pulak akak sissy. Kat mana nak cari lagi majalah ujang yach sissy? Maksud akak majalah f ...

Cer tengok kat 7e.

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..semoga kekal hingga ke jannah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.157459 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list