CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7784|Reply: 83

'Nama saya Fauziah, jadi janganlah panggil Azura atau Asmidar' - Fauziah Ahmad Daud

[Copy link]
Post time 20-6-2024 10:00 PM | Show all posts |Read mode




"Tidak bermakna saya belum bernikah lagi, saya masih menantikan dia. Saya tidak menunggu sesiapa pun."


Demikian kata pelakon Fauziah Ahmad Daud mengenai keputusannya tidak lagi aktif melakukan siaran langsung di TikTok selepas menerima pelbagai komen daripada pengguna akaun itu yang masih mengharapkan dia dan bekas suaminya, Eman Manan kembali bersama.


Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, dia kini sudah menemui jalan kehidupan yang indah dan memiliki prioriti untuk membesarkan anak perempuannya, Nur Aminah Aishah, 16.


"Jujur saya sudah jarang 'live' di TikTok. Saya tak gemar apabila mereka tak habis-habis bercerita mengenai bekas suami saya. Itu kehidupan saya dan mereka tiada hak untuk menentukan siapa jodoh saya.


"Saya tak suka apabila di ruangan komen ada soalan-soalan fitnah mengenai saya akan bersama semula dengan dia. Itu semua fitnah.


"kalau Allah takdirkan saya untuk bernikah lagi, saya akan maklumkan supaya hal ini tidak timbul fitnah.


"Kalau orang tanya sama ada saya nak berkahwin lagi, saya tidak fikir ke arah itu tapi soal jodoh ini adalah kerja Tuhan,"katanya kepada Harian Metro.


Dalam masa sama, Ogy juga kurang selesa apabila setiap kali dia melakukan siaran langsung di TikTok bagi menjual produk makanannya, ramai yang memanggilnya dengan nama watak yang dilakonkan dalam filem.  


"Benar filem-filem yang saya bintangi sangat ikonik dan saya bersyukur ramai yang masih menonton filem itu.


"Tetapi saya juga manusia biasa dan tak suka orang memanggil saya dengan nama lain. Nama saya Fauziah, jadi janganlah panggil Azura atau Asmidar. Nama saya ini adalah pemberian kedua ibu bapa saya.


"Jadi tolong hormat. Saya  tidak akan menyahut soalan mereka apabila memanggil saya dengan panggilan nama watak yang saya bintangi.


"Saya menghargainya tetapi saya nak teruskan hidup sebagai individu yang bernama Fauziah. Mereka tak boleh samakan watak itu dengan diri saya kerana ia sangat berbeza,"katanya.


Untuk rekod Ogy berkahwin dengan Eman Manan pada 1990. Mereka bernikah ketika masing-masing berada di puncak kerjaya mereka.


Bagaimanapun tugu cinta yang dibina atas dasar cinta hanya bertahan selama 12 tahun apabila Eman melafazkan cerai pada 2 Julai 2003 di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Poyola acik ni. Bl dgn jamal dia la tergedik2 sekali nk Sebut diri dia azura
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Someone or somebody is shaking?

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa berlakon suara kekasih tu apa nama watak dia?

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutang dah bayar habis tak, fauziah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-6-2024 10:04 PM
Masa berlakon suara kekasih tu apa nama watak dia?

Ayu..tp lakonan dia mmg best dlm filem SK...mnjadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 20-6-2024 10:04 PM
Hutang dah bayar habis tak, fauziah?

Dah habis dah..bayar berperingkat peringkat...respect jugalah dia ni...usaha sungguh2 nk byar hutang org..x manipulasi pihak lain utk dpt duit segera utk byar hutang
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi takpe lah kan org nak panggil nama watak sekalipun maknanya mmg watak acik tu berkesan la kat kepala hotak yg menonton..

eh entahlah haha aku kot tak paham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Whitney72 replied at 20-6-2024 10:07 PM
Ayu..tp lakonan dia mmg best dlm filem SK...mnjadi

Berlakon jd diri sendiri. Ada yg kata scene connie marah2 tu mcm ajemi. Suka tgk kebaya labuh mak nani dalam cite tu.

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-6-2024 10:09 PM
Berlakon jd diri sendiri. Ada yg kata scene connie marah2 tu mcm ajemi. Suka tgk kebaya labuh mak  ...

Kan..Connie tu iras2 Azmee...pndai penerbit pilih pelakon
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi masa SK tue lawa sungguh makcik ogy..lawa yang asli xde cocok sana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Barebow77 replied at 20-6-2024 10:59 PM
Tapi masa SK tue lawa sungguh makcik ogy..lawa yang asli xde cocok sana sini..

Kan..wlau mulut dia ni kepo...dlm byk hal dia ok...x cocok, x sondol, byk ilmu seni, etc...

aku respect dia sbg ank seni sejati dan ceburi seni sbb minat bkn acah2
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hasanah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols so cantik zaman muda2 dulu. Cantik yg melayu asli.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak… awat hg ni dr dulu smpi lani over sgt? Tk chill lgsg weh. If org panggil nama watak tu anggap je la ko blakon hebat sgt smpi melekat nama tu. Semua benda nak make such a big deal. Sejenis manusia yg rigid byk syarat. Org nak dekat pon overwhelmed kak oiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Whitney72 replied at 20-6-2024 10:09 PM
Dah habis dah..bayar berperingkat peringkat...respect jugalah dia ni...usaha sungguh2 nk byar huta ...

Iols tak respek sheols ni, bingit! Makan masa juga sheols bayar hutang tu dulu mayb iols lupa. Iols lagi minat adik sheols yg nama fauziah jg tu, suka lg tengok berlakon. Ogy ni bila sheols berlakon terpekik terlolong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
walaupun mulut hakak ogy buk bunyik tapi dulu2 lawa je hakak ogy..manis muka ikhlas betul bila senyum..skarang pun manis lagi tapi manis org tua la
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ilex la kak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 21-6-2024 06:26 AM
Iols tak respek sheols ni, bingit! Makan masa juga sheols bayar hutang tu dulu mayb iols lupa. Iol ...

Adik sheols Fazlina
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape bitter beno dgn nama watak?
Bukan panggil gundu gendut bagai..
Tapi ye lah..kalau dia nak nama dia dipanggil fauziah..panggil ajelah fauziah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.043644 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list