CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14502|Reply: 65

[Tempatan] TERKINI: Ahli ekonomi jangka rasionalisasi subsidi RON95 dilaksana pada Julai atau Oktober - MIER. BERITA: Kerajaan akan putuskan subsidi RON95 selepas selesai proses diesel - Amir Hamzah.

[Copy link]
Post time 13-6-2024 01:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 13-6-2024 09:03 PM

Kerajaan akan putuskan subsidi RON95 selepas selesai proses diesel - Amir Hamzah

DagangNews



Petrol RON95 dijual pada harga subsidi RM2.05 seliter. -Gambar hiasan BH Petrol


KUALA LUMPUR 12 Jun - Kerajaan akan memutuskan mengenai penyasaran subsidi petrol RON95 hanya selepas proses untuk diesel selesai, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menurut beliau, apabila proses penyasaran subsidi diesel stabil, kerajaan akan lihat apa lagi yang perlu dilakukan.

“Buat masa ini, kami memberi tumpuan kepada diesel dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Sasana 2024 di Bank Negara Malaysia seperti dilapor media hari ini.



AMIR HAMZAH AZIZAN

Amir Hamzah ditanya wartawan mengenai bilakah pelaksanaan subsidi bersasar bagi RON95 yang kini menjadi tumpuan selepas kerajaan mula membuat penyasaran subsidi ke atas diesel di Semenanjung Malaysia bermula 10 Jun 2024.

Harga runcit diesel ditetapkan mengikut harga pasaran iaitu RM3.35 seliter, yang dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar manakala harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, tujuan pelaksanaan subsidi diesel bersasar adalah untuk mengurangkan ketirisan yang mana banyak subsidi mengalir keluar ke negara jiran di samping turut dinikmati sektor yang tidak berhak mendapat subsidi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan perkenal mekanisme interim pembayaran semula kepada pemilik kenderaan logistik yang belum terima kad fleet
Jelas beliau, penyasaran subsidi menampakkan kejayaan dari segi mengurangkan ketirisan diesel di sempadan negara.

Katanya, maklumat awal yang diterima daripada syarikat minyak menyatakan jualan diesel di stesen di sempadan negara telah susut berbanding sebelum penyasaran dilakukan.

"Kita nampak inisiatif (subsidi diesel bersasar) berjaya mengurangkan ketirisan," katanya.

Dalam pada itu, Amir Hamzah juga menyeru supaya mereka yang layak untuk mendapat bantuan subsidi membuat permohonan.

Syarikat pengangkutan darat awam dan barangan di Semenanjung Malaysia yang mempunyai kenderaan layak untuk memohon diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0.

Kerajaan juga mewujudkan program BUDI – Program Bantuan Subsidi Madani sebagai bantuan subsidi bersasar, termasuk BUDI Individu sebanyak RM200 sebulan kepada warga negara Malaysia yang memiliki kenderaan diesel persendirian untuk menampung perbelanjaan bahan api yang meningkat.- DagangNews.com


https://www.dagangnews.com/article/kerajaan-akan-buat-keputusan-penyasaran-subsidi-petrol-ron95-selepas-selesai-proses-diesel-amir-hamzah-38080

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2024 01:39 AM | Show all posts
NASIONAL

Kerajaan tumpu penyasaran subsidi diesel sekarang, RON95 kemudian nanti - MKII

Oleh Mahanum Abdul Aziz
mahanum_aziz@bh.com.my

Jun 12, 2024 @ 5:07pm



Kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan subsidi diesel bersasar terlebih dulu buat masa ini, jelas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau mengulas mengenai tempoh pelaksanaan subsidi bersasar bagi RON95 selepas mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang membabitkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran, yang dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai BUDI MADANI bermula Isnin lalu.

Kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula pada jam 12 tengah malam pada Isnin di stesen minyak seluruh Semenanjung, sementara harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.

"Buat masa sekarang fokus pelaksanaan adalah subsidi diesel. Kita bermula dengan diesel dulu. Bila sudah stabil, kita tengok apa boleh dibuat (selepas itu)," katanya ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Sasana Symposium 2024 (SS2024) anjuran Bank Negara Malaysia (BNM), hari ini.



Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. - Foto fail NSTP/Aswadi Alias


Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, subsidi diesel bersasar bermula Isnin lalu memperlihatkan harga runcit diesel di stesen minyak di Semenanjung dinaikkan kepada RM3.35 seliter.

Beliau berkata, tujuan pelaksanaan subsidi diesel bersasar itu adalah untuk mengurangkan ketirisan dalam negara yang mana banyak subsidi keluar ke negara jiran dan sektor tidak berhak mendapat subsidi.

Katanya, dengan pelaksanaan subsidi bersasar itu menampakkan kejayaan dari segi pengurangan ketirisan membabitkan diesel di sempadan negara.

Jelasnya, berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada syarikat minyak menyatakan volum diesel di stesen yang berada di sempadan negara telah merosot berbanding sebelum ini.

"Kita nampak inisiatif (subsidi diesel bersasar) berjaya mengurangkan ketirisan," katanya.

Dalam pada itu, Amir Hamzah juga menyeru supaya mereka yang layak untuk mendapat bantuan subsidi membuat permohonan.

Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel memperlihatkan kerajaan menetapkan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang menggunakan kaedah kad fleet bagi kenderaan logistik berkelayakan untuk membendung kesan terhadap harga barangan pengguna, ditetapkan pada harga RM2.15 seliter.

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 bagi kenderaan-kenderaan pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba kekal pada harga RM 1.88 seliter

Diesel bersubsidi untuk nelayan kekal pada harga RM1.65 seliter.

Kerajaan juga menyediakan bantuan tunai BUDI Individu sebanyak RM200 sebulan kepada warga negara Malaysia yang memiliki kenderaan diesel persendirian untuk menampung perbelanjaan bahan api diesel yang meningkat dan bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM200 sebulan bagi petani kecil dan pekebun kecil komoditi untuk mengurangkan kesan kepada punca pendapatan mereka.


https://www.bharian.com.my/berit ... rang-ron95-kemudian
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hikayat Amir Hamzah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
PH monang rakyat sonang katanya

Tak boleh harap:

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by DeluluMelulu at 13-6-2024 06:49 PM

Wah! RON95 pula selepas ini ya!!!!!
Selesai saja penyasaran subsidi diesel, subsidi RON95 pula bakal ditarik kan?!!!!!
Kos sara hidup akan meningkat secara menggila!
Tunggu sahaja ya!!!

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap yang berguling-guling atas jalan delulu jangan buat-buat amnesia buat buta pula!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat berangan jadi negara berpendapatan tinggi .. hujung hujung jadi negara cost hidup tinggi je dapat
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 05:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2024 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 tersenyum sinis je la
Hancing bhai kena kincin
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
pengundi ph x kena kenaikan hrga minyak ni. diorg ade kad khas utk diskaun.
tahniahhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 13-6-2024 05:15 PM

Undi MATA, dapat DERITA
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Walauncai bengap je yg rela tgk duit rakyat msia kena curi hari2 dgn bangla,siam,rohingya..


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by DeluluMelulu at 14-6-2024 12:08 AM

Tapi penyokong penyasaran subsidi kata sebab nak elak Bangla, Rohingya, Nepal, Indonesia yang guna diesel!

Bangla yang kerja di kilang berdekatan rumah aku kalau pergi ke kedai membeli barang-barang keperluan cuma berjalan kaki saja. Celah bedah mananya penyasaran subsidi diesel ini sebab utama Bangla, Nepal, Rohingya yang ramai guna? Lain lah kalau subsidi minyak masak, gula, tepung, dan makanan-makanan lain! Yang tu la baru subsidi sepatutnya untuk orang tempatan, tapi, ha pendatang yang guna siap sorok minyak peket untuk puak-puak mereka!!!!

Kalau ada pun pendatang yang ada kenderaan diesel, mesti yang bawa secara haram la tu, macam Rohingya bawak lori tak ada lesen, atau disewakan orang tempatan si pengkhianat negara kepada mereka!

Huh! Kalau nak elak penyeludupan diesel, kenapa Semenanjung Malaysia saja yang kena penyasaran diesel, padahal penyeludupan diesel juga berlaku di Sabah dan Sarawak bersempadan dengan Indonesia tempat kesayangan Nusajaya tu??! Punyalah luas sempadan Borneo tu banyak lorong tikus! Tak berani pulak kan nak buat penyasaran diesel di Sabah dan Sarawak kalau alasan penyeludupan, hah???
Cakap sajalah alasan!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2024 08:53 PM | Show all posts
Ahli ekonomi jangka rasionalisasi subsidi RON95 dilaksana pada Oktober


Mohd Zaky Zainuddin
zaky@bh.com.my

June 13, 2024 @ 1:01pm



Gambar fail. Pengguna mengisi minyak petrol RON95 pada kenderaan. - NSTP/AIZUDDIN SAAD


KUALA LUMPUR: Kerajaan berkemungkinan melaksanakan rasionalisasi subsidi RON95 pada Oktober ini, demikian pandangan Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Prof Dr Anthony Dass.

Dass berkata, kenaikan harga runcit bagi RON95 dijangka tidak terlalu mendadak seperti diesel, sebaliknya hanya membabitkan kenaikan sekitar lima hingga 15 sen seliter.

Katanya, pada pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan menyasarkan penjimatan RM11.5 bilion daripada rasionalisasi subsidi tahun ini, yang mana pelarasan subsidi elektrik membawa penjimatan RM4 bilion; ayam (RM1.1 bilion hingga RM1.2 bilion) dan diesel (RM4 bilion).

"Jadi kerajaan memerlukan lebih RM2 bilion lagi, saya fikir ia mungkin hadir daripada rasionalisasi subsidi RON95 dan penyelarasan harga RON95 tidak akan terlalu tinggi seperti mana diesel.


"Ia mungkin berlaku pada Julai, namun saya berpandangan ini terlalu awal jadi saya rasa ia lebih hampir kepada Oktober untuk memberi ruang mencukupi buat kerajaan melaksanakan analisis impak daripada penyasaran subsidi diesel.

"Peningkatan mungkin lima hingga 15 sen (seliter), kita juga perlu melihat kepada impak kutipan hasil daripada kawasan lain yang mungkin boleh menjadi penimbal (kepada sasaran penjimatan kerajaan)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan pembentangan bertajuk Ekonomi Dunia: Cabaran dan Peluang pada Seminar Pelaburan Kebangsaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) – Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi MIDA, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob; dan Nasib Presiden FMM, Jacob Lee Chor Kok.

Bermula Isnin lalu, harga diesel di stesen runcit petrol Semenanjung ditetapkan pada RM3.35 seliter, iaitu harga tanpa subsidi berdasarkan purata Mei 2024 dengan menyaksikan kenaikan 56 peratus berbanding sebelumnya.

Dalam pembentangannya, Dass berkata, ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih baik tahun ini untuk mencapai pertumbuhan 4.7 peratus, sebelum mencapai pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 4.8 peratus pada 2025.

"Kami menjangkakan kadar inflasi Malaysia tahun ini kekal terkawal pada paras tiga peratus," katanya.

Sementara itu, Sulaiman berkata, persaingan untuk pelaburan global semakin sengit, justeru bagi membina momentum semasa MIDA bersedia untuk melaksanakan peranan yang lebih dinamik dan menarik.

"Tumpuan utama kami adalah pada pelaksanaan menyeluruh semua inisiatif dan mandat kerajaan untuk mencapai hasil yang diinginkan sejajar dengan agenda negara iaitu Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), Kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

"Kami berhasrat untuk mewujudkan persekitaran ekonomi yang teguh, mampan dan berdaya tahan yang boleh menarik dan mengekalkan pelaburan yang besar, memacu Malaysia ke arah masa depan yang makmur," katanya.

Beliau menjelaskan, komitmen MIDA menjangkau jauh melebihi promosi pelaburan semata-mata, malah turut memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi serantau.

"MIDA juga mempromosi dan memudahkan projek di sepanjang koridor Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk memastikan pertumbuhan seimbang di seluruh Malaysia.

"Dalam usaha kami untuk menggalakkan pelaburan khususnya dalam sektor pembuatan, MIDA dengan kerjasama pihak berkepentingan utama sedang membangunkan piawaian kebangsaan untuk perindustrian, berdasarkan garis panduan daripada Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO) dan piawaian lain yang berkaitan.

"Dengan menggalakkan penggunaan teknologi canggih, kami menyasarkan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing," katanya.


https://www.bharian.com.my/bisne ... on95-dilaksana-pada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2024 09:01 PM | Show all posts
Pelarasan subsidi RON95 mungkin pada Julai atau Oktober - MIER

Oleh BERNAMA



GAMBAR hiasan


Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan "pelarasan minimum" untuk subsidi RON95 dan menjangkakan pelaksanaannya pada Julai atau Oktober tahun ini selepas kesan rasionalisasi subsidi diesel dinilai.

Pengarah Eksekutif Dr Anthony Dass menjangkakan bahawa pelarasan tidak akan sebesar subsidi diesel baru-baru ini, yang menyaksikan kenaikan ketara dalam harga diesel daripada RM2.15 kepada RM3.35 seliter.


"Kita perlu melihat kesan (rasionalisasi subsidi diesel)...jadi mungkin kita perlu memberikan tempoh penangguhan dari tiga hingga enam bulan.

"Kita perlu melihat analisis kesannya terlebih dahulu dan cara orang ramai menyesuaikan diri. Daripada itu, kerajaan boleh membuat pelarasan (subsidi) seterusnya kepada RON95.


"Saya fikir ia mungkin pada Oktober kerana memberi mereka (kerajaan) ruang yang luas bagi melihat analisis impak," katanya kepada pemberita di luar Seminar Pelaburan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Mengenai sumbangan diesel kepada bakul indeks harga pengguna (CPI), Dass menegaskan bahawa kenaikan satu peratus dalam harga diesel hanya memberi kesan sebanyak 0.2 peratus. Justeru, katanya kesan pelarasan itu hampir boleh diabaikan. Sumbangan RON95 kepada bakul CPI adalah kira-kira 5.5 peratus.

Terdahulu semasa pembentangan beliau yang bertajuk "Ekonomi Dunia: Cabaran dan Peluang", Dass berkata kebanyakan ketidaktentuan dalaman di Malaysia telah diselesaikan, yang akan menyokong pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.

"Bahagian penawaran kini menyokong ekonomi yang dicerminkan dari segi pasaran pekerjaan, serta bahagian permintaan yang membabitkan dari segi pendapatan. Kami juga menjangkakan eksport meningkat tahun ini. Malaysia secara konservatif melihat pertumbuhan pada 3.2 hingga 3.5 peratus tetapi kita boleh naik sehingga lima peratus tahun ini.

"Jika anda melihat kepada dasar moneteri, kita tidak menjangkakan sebarang perubahan pada kadar dasar," katanya ketika pembentangan itu, sambil menambah MIER mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 4.7 peratus pada 2024 dan kadar inflasi pada 3.0 peratus tahun ini.

Pada 2025, MIER menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 4.8 peratus dan kadar inflasi pada 2.9 peratus.

Dass juga mengunjurkan ringgit akan menutup tahun ini pada kadar RM4.65 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan RM4.40 berbanding dolar AS pada 2025, terutamanya dipengaruhi oleh kadar faedah AS.

Disiarkan pada: June 13, 2024 @ 2:48pm


https://www.hmetro.com.my/bisnes ... i-atau-oktober-mier
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 10:11 PM | Show all posts
Lagi cepat dapat dilaksanakan lagi bagus. Lebih banyak wang negara dapat diselamatkan dari terus-menerus disalahgunakan untuk menanggung biawak sabsidi.

Semoga dipermudahkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelarasan sasbadi untuk elak ketirisan dah dibuat dari zaman paklah dan najib lagi

Tapi ada yang pura2 tak terima hakikat ini, dan fefeeling seolah olah baru kali ini sasbadi disasarkan

Begitulah betapa hebatnya mereka memutar belit
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus...moga cepat melingkup...lagi lagi lagi tinggi la harga barang naik selepas diesel ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi cepat dilaksanakan lagi bagus. Takde la sesak jalan tiap hujung minggu. Orang pun kurang on je enjin waktu tunggu orang dalam kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
DeluluMelulu replied at 13-6-2024 08:46 PM
Tapi penyokong penyasaran subsidi kata sebab nak elak Bangla, Rohingya, Nepal, Indonesia yang guna d ...

Celah bedah mana foreigners tak boleh miliki kenderaan diesel di malaysia? Malaysia ni negara paling senang dan mudah dengan orang luar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.132292 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list