View: 3521|Reply: 0
|
Pelumba antarabangsa mula beri saingan
[Copy link]
|
|
Antara aksi Pusingan 2 Siri MiniGP Malaysia yang berlangsung di Litar Go Kart Sepang, semalam. Foto ZK Racing
KUALA LUMPUR: Pusingan 2 Kejuaraan Remaja SIC dan Siri MiniGP Malaysia melabuhkan tirainya di Litar Go Kart Sepang semalam yang menyaksikan kebangkitan pelumba antarabangsa memberikan saingan sengit kepada wakil Malaysia.
Pertarungan sengit ini boleh dilihat dalam kelas 160CC Siri MiniGP Malaysia apabila kedua-dua perlumbaan ditakluki pelumba antarabangsa menerusi Kenzie Akbar dari Indonesia yang menguasai Perlumbaan 1 manakala Nguyen Viet Tuan memenangi Perlumbaan 2.
Malah dalam saingan Kejuaraan Remaja SIC 100cc, pendahulu kejuaraan, Al Adam Mikail nyata diberi saingan hebat oleh pelumba antarabangsa iaitu Cheung Yan Kit dari Hong Kong dan Vietnam, Nguyen Minh Tuan.
Biarpun Al-Adam memenangi Perlumbaan 1, namun cabaran dari Yan Kit dan Minh Tuan mula dirasainya pada Perlumbaan 2 apabila kedua-dua pelumba itu masing-masing memperoleh penamat di tempat pertama dan kedua manakala dirinya terpaksa akur di tempat ketiga.
Kebangkitan ditonjolkan pelumba antarabangsa ini sedikit sebanyak memberikan isyarat betapa saingan Pusingan 3 yang dijadual berlangsung di Litar MORAC Adventure Park, Langkawi, Kedah pada 13 dan 14 Julai ini akan menjadi sengit dan ia diakui pengendali kejuaraan dan juga Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin.
Zulfahmi berkata, kebangkitan pelumba antarabangsa ini boleh dianggap sebagai satu 'wake up call' buat wakil Malaysia terutama dalam dua kelas ini untuk meningkatkan latihan sekali gus menjadikan saingan menjadi lebih kompetitif.
"Saya gembira dengan prestasi dipamerkan pelumba antarabangsa pada pusingan ini, yang menyaksikan pelumba antarabangsa mencatat kemenangan dalam kelas 110cc dan 160cc.
"Saya harap ia menjadi satu 'wake-up call' kepada pelumba negara, penjaga dan ibubapa mereka untuk meningkatkan latihan dan menjadi lebih kompetitif," kata Zulfahmi.
Dalam kelas 190cc Siri MiniGP Malaysia, saingan masih lagi didominasi pelumba tempatan dengan menyaksikan Qabil Irfan Azlan terus mendahului carta keseluruhan dengan 100 mata selepas menguasai kedua-dua perlumbaan di Sepang.
Juara bertahan bagi kelas berkenaan, Farish Hafiy berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 73 mata manakala Adam Aiman di kedudukan ketiga, 61 mata dan Zulfahmi menyimpulkan jurang yang ada antara pelumba lain dan Qabil kini sudah dapat dikurangkan.
"Untuk kelas 190cc, Qabil Irfan masih terlalu kuat tetapi jurang perbezaan sudah dirapatkan khususnya oleh Farish Hafiy dan beberapa pelumba lain. Saya harap para pelumba negara akan terus berusaha untuk terus berlatih dengan gigih dan meningkatkan prestasi mereka untuk Pusingan 3 di Langkawi, yang mana kebanyakan daripada pelumba masih belum ada pengalaman berlumba di sana," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-mula-beri-saingan |
|
|
|
|
|
|
| |
|