CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5443|Reply: 0

[Tempatan] Rumah setinggan enam pintu musnah dalam kebakaran di Johor Bahru

[Copy link]
Post time 9-6-2024 10:24 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Sederet rumah setinggan enam pintu di Jalan Surau, Kampung Melayu Pandan di sini musnah dalam kebakaran pada 10.13 pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 Sufian Md Lis berkata 33 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Tebrau, Larkin dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela Mount Austin dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Beliau berkata setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati premis berkenaan telah terbakar 90 peratus.

“Kebakaran ini juga melibatkan sebuah kedai runcit dengan 10 peratus bahagian kedai terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan operasi ditamatkan pada 1.40 petang.

— BERNAMA



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.117170 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list