View: 9862|Reply: 0
|
[Johor]
Warga asing cuba sembunyi bawah lori, terjun kontena elak ditahan imigresen
[Copy link]
|
|
Jafri menyoal siasat penduduk tempatan yang disyaki melindungi PATI dalam Ops Sapu di Tapak pembinaan Pontian dan Johor Bahru, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Pontian: Tindakan beberapa warga asing yang cuba melarikan diri daripada dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, awal pagi hari ini, gagal.
Ada antara mereka cuba bersembunyi di bawah lori serta terjun dari kontena ketika serbuan Ops Sapu oleeh JIM itu kemudiannya ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kampung Sungai Senai di sini, dan Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM Jafri Embok Taha berkata, operasi pertama dijalankan bermula 12.45 tengah malam di sebuah tapak pembinaan di Kampung Sungai Senai, Pontian.
Menurutnya, ketika pasukan serbuan tiba di lokasi, terdapat beberapa warga asing yang bertindak cuba meloloskan diri dengan berlari ke dalam semak dan bersembunyi di bawah lori.
"Bagaimanapun, dengan kecekapan pasukan serbuan, kita berjaya menahan dan memeriksa 252 warga asing yang tinggal di kawasan tapak pembinaan itu.
"Pemeriksaan lanjut kemudiannya menahan 92 lelaki warga asing berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada 53 lelaki warga Bangladesh, 30 lelaki warga China, masing-masing empat lelaki warga India dan Indonesia serta seorang lelaki warga Pakistan," katanya ketika sidang media selepas operasi berkenaan.
Menurut beliau, seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun turut ditahan kerana dipercayai bertindak sebagai penjaga rumah kongsi di tapak pembinaan terbabit.
Sementara itu, Jafri berkata, dalam serbuan kedua di rumah kongsi di tapak pembinaan di Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru pada 3.20 pagi pula memeriksa seramai 775 warga asing.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati 122 warga asing berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada 70 lelaki warga Bangladesh, 31 lelaki Indonesia, 20 lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki Pakistan.
"Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya.
Menurut Jafri, terdapat seorang lelaki warga Indonesia yang bertindak terjun dari kontena untuk melarikan diri ketika serbuan itu.
Katanya, lelaki itu gagal meloloskan diri selepas luka pada tangan dan kaki sebelum dibantu dengan memberikan rawatan kepadanya.
"Dalam operasi ini juga, kita berjaya menahan beberapa lelaki warga Bangladesh yang menggunakan kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) palsu," katanya.
Jafri berkata, kesemua warga asing yang ditahan itu kemudiannya dibawa ke Depot Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.
Menurutnya, dua lelaki tempatan yang ditahan pula disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-ditahan-imigresen |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|