|
TYSON akan berdepan Paul November ini. -FOTO Reuters
Los Angeles: Pertarungan Mike Tyson menentang bintang YouTube, Jake Paul dijadualkan semula pada 15 November selepas pertarungan yang sepatutnya berlangsung Julai ini ditangguhkan berikutan masalah kesihatan bekas juara kelas heavyweight itu.
Promoter semalam mengumumkan bahawa pertarungan yang dirancang pada 20 Julai itu akan tetap dipertandingkan di Stadium AT&T di Arlington, Texas - Dallas Cowboys NFL.
Paul mengumumkan tarikh baharu itu dalam siaran di X, dengan mesej: "Tarikh baharu, tempat yang sama, nasib yang sama."
Tyson, yang berusia 58 tahun pada 30 Jun, memerlukan rawatan perubatan dalam penerbangan bulan lalu dari Miami ke Los Angeles selepas mengadu mual dan pening.
Penganjur berkata Tyson mengalami "penyakit ulser" yang teruk dan doktor menasihatkan supaya dia mengurangkan latihan selama beberapa minggu yang menyebabkan penangguhan pertarungan.
"Walaupun kita terpaksa menangguhkan pertarungan, saya akan meneruskan latihan tidak lama lagi," kata Tyson.
"Saya bersyukur terima kasih kepada pasukan perubatan yang merawat saya dan kepada MVP, Netflix, dan Stadium AT&T kerana bekerja dengan gigih untuk mencari tarikh baharu yang terbaik bagi semua pihak.
"Walaupun kita ada tarikh baru, hasilnya akan sama tidak kira bila kita bertarung. Jake Paul akan ditewaskan."
Pertarungan masih akan disiarkan di televisyen oleh kuasa besar perkhidmatan penstriman Netflix.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -dijadualkan-semula |
|