View: 5340|Reply: 37
|
Wanita malas gaduh dengan keluarga ‘tertutup hijab’! Datang lewat ke pantai, pacak khemah besar halang ‘view’ pengunjung lain
[Copy link]
|
|
RAMAI mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu yang panjang sempena cuti umum Hari Keputeraan Agong pada Isnin.
Antara aktiviti yang dilakukan seisi keluarga adalah berkelah di tepi pantai.
Namun siapa sangka, keterujaan sebuah keluarga berpiknik bertukar menjadi 'mimpi ngeri' apabila pemandangan indah laut terbentang luas di hadapan mereka 'terhalang'.
Pengalaman berdepan kejadian itu dikongsikan oleh seorang wanita menerusi video yang dimuat naik di TikTok.
"Kisah sedih ringkas piknik semalam dengan famili," katanya dalam keterangan video berdurasi 45 saat itu.
Pada awalnya, keluarga berkenaan sudah memasang sebuah khemah dan membentangkan tikar untuk mereka bersantai sambil menghirup udara segar serta mendengar deruan ombak laut.
Bukan sekadar itu, mereka turut membawa makanan dan minuman serta dapur untuk memasak ketika berada di tepi pantai itu.
Tidak lama kemudian katanya, sebuah keluarga lain datang dekat kawasan perkelahan mereka.
Wanita itu bagaimanapun mendakwa keluarga berkenaan secara tiba-tiba memasang khemah besar sehingga menghalang pemandangan mereka yang ketika itu sedang menikmati keindahan laut.
"Terjumpa satu keluarga 'tertutup hijab'. Kebahagiaan kami sementara. Pemandangan khemah saja.
"Kasihan mereka, 'tertutup hijab' sampai tak nampak kami yang besar ni. Seluas-luas pantai, depan kami juga korang pacak khemah," katanya terkilan.
Difahamkan kejadian berlaku pada hujung minggu di sebuah pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Menurut wanita itu lagi, dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri atas sikap tidak bertimbang rasa keluarga berkenaan kerana enggan mencetuskan ketegangan di tempat awam
Kita nak tengok pantai, tapi terpaksa tengok mereka pasang khemah. NETIZEN
Wanita itu juga tampil menjelaskan bahawa dia sekeluarga tiba di pantai itu dan memasang khemah terlebih dahulu sebelum kedatangan keluarga berkenaan.
"Kita sampai dulu, tapi tak suka nak gaduh-gaduh ni. Nanti rosak mood dan tunjuk perangai tak baik depan anak-anak.
"Mereka orang lebih berumur, kita ni tak nak la kurang ajar. Kita pun ada dengan mentua, tak nak tunjuk perangai menantu hantu.
"Ramai manusia tak ada common sense, lepas tu kitalah jadi mangsa. Rare view kali ni. Tak ada toleh kat kami langsung, sebab tu kata mereka macam tertutup hijab," ujarnya lagi di ruangan komen.
Luahan wanita itu mengundang simpati dalam kalangan netizen, dengan rata-ratanya menyifatkan mana-mana pengunjung seharus lebih sensitif dan bersikap bertimbang rasa antara satu sama lain.
"Kita nak tengok pantai, tapi terpaksa tengok mereka pasang khemah.
"Tak ada common sense orang macam ni. Kalau saya, tegur je elok-elok suruh dia ke belakang sikit.
"Itu yang kadang malas nak pergi piknik, sakit hati. Aku pula jenis fikir orang, orang pula jenis tak fikir apa yang aku fikir.
"Benci spesis macam ni. Saja-saja nak pacak khemah, tak toleh kiri kanan, depan belakang, jangan pentingkan diri," demikian antara komen netizen.
Sumber : mStar |
|
|
|
|
|
|
|
panas2 pun ramai org pegi picnic eh.. ok ler tu still nampak lagi laut.. dh pantai awam kan bkn private beach pun.. susah2 sgt duk jer depan ombak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Akak tak heran sebab akak rasa view laut adalah view paling bosan sissy. Yang minat sangat view laut ni engkau worang cuba explain sikit apa yang bestnya sissy? Rela lagi akak tengok view jamban duduk berseni sikit at least sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 7-6-2024 04:49 PM
Akak tak heran sebab akak rasa view laut adalah view paling bosan sissy. Yang minat sangat view laut ...
Tak busuk ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 7-6-2024 04:53 PM
Tak busuk ke?
Tengok dari jauh jah sissy pakai teropong binokular sissy sharlene oiii…. |
|
|
|
|
|
|
|
punyela beso flysheet dia bawak dok pacak depan2 orang tu.. adoila..
consider la sikit..
aku cukup rasa x best kalau campsite susun berlapis2.. kita pulak rasa bersalah pacak depan khemah orang.
macam kes ni la.. dah tak memasal tertutup view orang tu. Nak amik video pon dah tak lawa. OK je kalau dia nk lepak depan2 orang tu.. dah pantai awam kan.. tapi kalau dah tau flysheet saiz XXL yang dibawak.. bawak2la sedar diri.. cari port belakang2. Ini dah umpama kau pacak tirai depan2 pantai tu..
Or at least.. bentang atas je la.. side takyahla tutup. apola.. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 7-6-2024 04:55 PM
Tengok dari jauh jah sissy pakai teropong binokular sissy sharlene oiii….
Kakpooh mengendap orang berak?
|
|
|
|
|
|
|
|
yg ramai2 berbaris tepi khemah tu buat acara apa??
tgh2 ramai gitu gak laa korang nak bersukaneka pun
leinkali dekkk pacak betul2 depan gigi air tu...agak2 ombak kuat sapu ngan korang skali.
sama je la ko pun pacak khemah depan tu entah2 org blkg menyirap je tgk korang sekeluarga |
|
|
|
|
|
|
|
nak bekap pon sama2 bukan pemilik pantai kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 7-6-2024 04:59 PM
Kakpooh mengendap orang berak?
Akak terus terang pernah nonton video orang berak di twidder sissy. Sekarang akak dah tak boleh nak login twidder akak sebab twidder babi hantar nombor tac apa lanchiau tu kat nombor phone lama akak sis. Dah akak tak boleh login lagi dah sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
Gi je mandi depan dia. Main bola. Buat sand castle |
|
|
|
|
|
|
|
etmm alahai lemahhnnyaaa
tu pun issue.. dah tahu pegi time public holiday
nak takde orang. pegi la weekday
apa daaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 7-6-2024 05:02 PM
yg ramai2 berbaris tepi khemah tu buat acara apa??
tgh2 ramai gitu gak laa korang nak bersukaneka pu ...
Kalau nk sukaneka2 mcmtu g laa sewa satu tmpt private apoo laa..dh org lain kena bagi laluan utk sukan depa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Baik betul family ni. Mesti xde yg smoking. Kalau ada jentik je putung rokok kat khemah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga yg buat sewa khemah kat tepi pantai tu pun spesis pukimak jugak. Ko guna pulak tempat duduk awam yg ada sebagai tempat bisnes ko. Dah orang awam xde tempat nak duduk. Terpaksa jugak sewa khemah ko.
|
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 7-6-2024 04:49 PM
Akak tak heran sebab akak rasa view laut adalah view paling bosan sissy. Yang minat sangat view laut ...
Meols suka cari remis dan kerang kalau gi pantai...sebab kalau nak tengok view dah bosan...sebab meols duduk Sabak Bernam ni dah bosan tengok Sawah Padi, Pantai..dan meols suka hiking..so dah pernah tengok awan karpet.
Meols rasa kalau meols nak mati nanti meols boleh mati dlm keadaan tenang kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau xnak gaduh, kenapa up kat sosmed |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 7-6-2024 07:04 PM
Meols suka cari remis dan kerang kalau gi pantai...sebab kalau nak tengok view dah bosan...sebab m ...
Tahniah sissy. Part hiking tu akak salute sebab penat lelah dan akhirnya reward dapat tengok view sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
opie5662 replied at 7-6-2024 07:10 PM
Kalau xnak gaduh, kenapa up kat sosmed
Sakit hati le jugak tu tapi tak nak gaduh depan² nanti orang lain yang viralkan, dapat malu pulak nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 7-6-2024 05:11 PM
Akak terus terang pernah nonton video orang berak di twidder sissy. Sekarang akak dah tak boleh na ...
Mcm raja fasola doremi meneran tu ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|