View: 2967|Reply: 0
|
[Johor]
Bapa tak tidur semalaman dapat tahu jumpa mayat Muhammad Hamizan
[Copy link]
|
|
MAYAT Muhammad Hamizan ditemui di dalam kereta miliknya yang diparkir di kawasan Taman Sentosa, Johor Bahru, semalam.
KOTA TINGGI – Keluarga kepada jurutera tapak yang dijumpai tidak bernyawa di dalam keretanya di Taman Sentosa, Johor Bahru selepas hilang sejak 19 Mei lalu reda dengan apa yang berlaku.
Muhammad Haziq Ramli, 34, berkata jenazah adiknya, Allahyarham Muhammad Hamizan selamat dikebumikan malam semalam Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 4.
Kata Muhammad Haziq, penemuan adiknya ternyata memberi kesan kepada orang tuanya lebih-lebih lagi bapanya yang merupakan penghidap sakit jantung.
“Saya difahamkan arwah memang ada kenalan di kawasan sekitar Johor Bahru tetapi tidak pasti siapa yang dia jumpa pada Sabtu malam Ahad itu.
“Setakat yang saya tahu, dia memang tiada penyakit kronik, tambahan pula kerjayanya sebagai jurutera tapak, saya rasa profesion ini memerlukan seorang yang sihat untuk sentiasa berada di tapak,” katanya dihubungi di sini hari ini.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, adiknya juga tidak mempunyai masalah dengan keluarga bahkan mudah dihubungi orang tuanya.
Menurutnya, Muhammad Hamizan juga tidak mempunyai masalah kewangan dimana rekod pinjaman kewangan yang dilakukan dibuat dengan badan yang berdaftar dan bukan sebaliknya.
“Kematian adik buat masa ini diklasifikasi sebagai tidak dikenalpasti mungkin sebab keadaan mayat yang sudah mula mereput jadi mungkin ambil masa untuk jabatan forensik buat pemeriksaan detail yang lebih cepat, mungkin perlukan ujian makmal dan sebagainya.
“Mak dan ayah pasrah reda tapi dalam masa sama masih terkejut lagi. Ayah ada sakit jantung tak tidur semalaman selepas dapat berita itu sebab dijumpai terlalu lewat sangat.
“Saya rasa terkilan juga, sepatutnya kes hilang ini ada pihak yang ambil serius. Kalau dapat jumpa lebih awal keadaan mayat itu mungkin lebih elok,” katanya lagi.
Terdahulu, misteri kehilangan Muhammad Hamizan yang merupakan jurutera tapak di Projek Perumahan Transit Penjawat Awam Pengerang terungkai selepas lelaki itu ditemui meninggal dunia di dalam kereta miliknya dekat Taman Sentosa, di sini pukul 11 pagi semalam.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan abang Muhammad Haziq meminta bantuan orang ramai agar memaklumkan kepada balai polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai kehilangan adiknya sejak 19 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... t-muhammad-hamizan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|