CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2154|Reply: 29

Penyamun ditembak mati cuba serang polis

[Copy link]
Post time 1-4-2011 08:01 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU 31 Mac - Polis menembak mati seorang daripada 10 penyamun yang cuba menyerang anggota dengan parang ketika kumpulan itu merompak sebuah pusat snuker di Bandar Baru Permas Jaya, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, seorang lagi rakannya yang terkena tembakan di bahagian kaki sempat melarikan diri bersama tujuh lagi suspek.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kumpulan penyamun tersebut disifatkan berbahaya kerana turut menetak tiga mangsa termasuk seorang daripadanya pekerja premis.
Menurutnya, salah seorang mangsa sempat melarikan diri dan ke balai polis berdekatan untuk meminta bantuan.
"Dua anggota polis bergegas ke pusat snuker itu dan setibanya di situ, kumpulan berkenaan cuba melarikan diri.
"Apabila diarah supaya menyerah, mereka enggan berbuat demikian, malah bertindak menyerang anggota polis.
"Bagi mempertahankan diri, polis melepaskan tiga das tembakan dan mengenai dua suspek," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.
Katanya, semua mangsa yang ditetak kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kerugian membabitkan wang tunai berjumlah RM1,200, seutas rantai milik mangsa dan dua telefon bimbit.
Beliau meminta pihak klinik dan hospital sama ada kerajaan atau swasta melaporkan kepada polis jika menerima pesakit yang terkena tembakan atau cedera parah.
"Orang ramai juga perlu beri kerjasama kerana kumpulan penjenayah itu ganas dan amat bahaya. Mereka tidak teragak-agak menyamun dan menetak mangsa," katanya.

credit: utusan malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2011 08:03 AM | Show all posts
arwah anak yg baik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 08:03 AM | Show all posts
kalu kes cam ni nak kena minta izin dulu ke sebelum tembak? hahahaha
"maaf ye, saya nak tembak awak sampai mati ni sbb awak merbahaya", kata polis itu.

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 08:17 AM | Show all posts
geng ni ala peeling peeling ganas ar...
hantar jer mereka ke mexico...
sampai sana... mau terketar ketar kepala lotot mereka tgk betapa brutal dan sadisnya gangstar2 kat mexico tueeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 08:28 AM | Show all posts
"Kita tak patut gunakan hukum barbarian blablablaba"
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 08:30 AM | Show all posts
pakatan rakyat akan bersuara tak lama lagi mengatakan polis dah melakukan kesilapan besar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2011 08:30 AM | Show all posts
ada kes rompakan hantar 2 anggota je???
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 08:48 AM | Show all posts
kami hanya dua orang.. mereka 10 penyamun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2011 08:53 AM | Show all posts
Kami mendesak ditubuhkaqn suruhanjaya siasatan diraja atau inquiri menyiasat kematian penyamun itu sebab penyamun yang mati adalah anak yang baik
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 08:54 AM | Show all posts
arwah anak yg baik..
ella. Post at 1-4-2011 08:03



cantekkkkkk............
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 08:57 AM | Show all posts
ramai nyer penyamun tu....... nk curi 1.2 k jer mcmn nk kongsi tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 08:59 AM | Show all posts
cepat gak respons polis...tp malangnya 2 org jerk...kalau ramai lagi itu malam...ramai sket org tak berguna mati.

btw...kebanyakan taktik skang tetak dulu baru rompak/samun..bukannya mangsa melawan baru tetak..ganazzz...so mmg tak kesian kat dieorg langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 09:00 AM | Show all posts
anak sy baik tk pernah kuar malam,
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 09:03 AM | Show all posts
ilang sorang penjenayah kt muka bumi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 09:06 AM | Show all posts
iskhh.. iskkhh..
knp tak tangkap dan dibicarakan dahulu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 09:32 AM | Show all posts
sapatutnyer polis tu kena tunggu sampai kena tetak baru bole tembak......
ini undang2 hutan.....





hahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2011 09:33 AM | Show all posts
ape kelassss rompak pusat snooker dpt 1200 hengget jer... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 09:47 AM | Show all posts
x bleh salahkan polis gak sebab hantar 2 org jer........ mangsa yg lari buat report pun mungkin cakap tak habis sebab dgn keadaan tergesa2 utk melaporkan kejadian tersebut...... mungkin dia cakap 'tolong encik, saya kene rompak' ja yg sepatutnya berbunyi 'tolong encik, ada 10 org rompak kedai saya'............
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 09:48 AM | Show all posts
'Saya ingat seorang, tapi 10 penyamun datang'

JOHOR BAHRU 31 Mac - Seorang pekerja sebuah pusat snuker mengalami saat-saat mencemaskan dalam hidupnya apabila ditetak seorang daripada 10 penyamun yang merompak pusat permainan itu di Bandar Baru Permas Jaya, awal pagi tadi.

Mangsa, Wee Ming Teng, 23, yang ditetak dengan parang di lengan sehingga ke siku kiri berikutan itu terpaksa menerima 20 jahitan.

Menurutnya, sebaik sahaja mengetahui terdapat penyamun yang memasuki premis itu, dia cuba melawan dengan membaling kerusi tetapi gagal kerana mereka terlalu ramai.

"Saya ingatkan hanya seorang penyamun tetapi sebaik sahaja saya cuba melawan sembilan lagi menyerbu masuk menyebabkan saya tiada pilihan selain terpaksa melindungi kepala saya daripada ditetak," katanya kepada Utusan Malaysia di tempat kejadian di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.10 pagi itu, terdapat beberapa pelanggan sedang leka bermain permainan komputer dan snuker di pusat berkenaan.

Seorang lagi pekerja yang enggan dikenali berkata, sejurus mengetahui disamun, dia mengunci bilik dan memadamkan lampu serta mengarahkan pelanggannya diam.

Menurutnya, kumpulan penyamun itu bertindak ganas dengan memecah serta merosakkan peralatan permainan di pusat berkenaan.

Katanya, insiden itu berlaku kira-kira 20 minit sebelum anggota polis tiba sebaik sahaja salah seorang mangsa yang cedera di pergelangan tangan sempat melarikan diri dan meminta bantuan.

"Premis itu terletak kira-kira 200 meter dari Balai Polis Permas Jaya. Anggota itu segera bertindak dan menembak seorang penyamun yang cuba melawan dengan menggunakan parang panjang," ujarnya.

Tambahnya, sebaik sahaja mengetahui seorang rakan mereka ditembak, kumpulan penyamun itu bertempiaran melarikan diri dan membuang parang di longkang berhampiran premis tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 09:49 AM | Show all posts
henpon tertinggal, parang tertinggal....... memang kantoi la...........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.120758 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list