Penyanyi terkenal, Datin Alyah, baru-baru ini berkongsi perasaan syukur dan bahagia selepas majlis cukur jambul dan akikah anak angkatnya, Nur Izzara.
Majlis tersebut, yang berlangsung di Batu Pahat, Johor, dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai, menyempurnakan satu lagi babak indah dalam kehidupan Alyah dan suaminya, pemuzik terkenal Datuk Ramli MS, atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ram.
Dalam satu hantaran di Instagram, Alyah meluahkan betapa kehadiran Nur Izzara dalam hidup mereka adalah satu rahmat yang tidak ternilai.
Menurutnya, kehadiran cahaya mata ini membawa makna yang amat besar dalam rumah tangganya dan Tok Ram.
“Bila kita mencari cinta dunia, banyak hati yang kecewa dan hati kita juga malah hancur dan remuk. Tapi, bila kita mencari cinta Allah SWT, segalanya seperti mimpi yang indah,” tulis Alyah, menggambarkan perasaannya yang amat bersyukur.
Alyah juga menyentuh tentang betapa banyak kebaikan yang telah diberikan kepada mereka, sehingga ada kalanya merasa malu untuk meminta lebih, mengingatkan diri akan dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Namun, beliau percaya Allah SWT mengetahui apa yang ada dalam hati setiap hamba-Nya dan merupakan sebaik-baik perancang.
“Nur Izzara hadir dalam hidup kami. Tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hamba-Mu,” tambahnya lagi, menunjukkan betapa besar rasa syukurnya atas kehadiran Nur Izzara.
Selain itu, Alyah juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis tersebut. Beliau mengucapkan penghargaan khusus kepada Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga yang menguruskan segala persiapan majlis, serta kepada adik-beradik, pakcik-makcik, saudara mara, dan ipar-duai yang datang dari jauh, termasuk dari Singapura.
“Terima kasih buat Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga menguruskan segala-galanya untuk majlis akikah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji,” kata Alyah.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada sahabat handai yang sudi hadir memeriahkan majlis, serta penduduk sekitar yang memberi layanan baik kepada mereka, walaupun Alyah hanya menumpang kampung abang iparnya.
Alyah menutup hantaran Instagramnya dengan doa agar semua yang hadir dan membantu diberkati oleh Allah SWT.
Alyah turut memuat naik gambar-gambar indah bersama suaminya, Tok Ram, dan Nur Izzara, menunjukkan mereka bertiga duduk di pelamin kecil yang dihias cantik.
Post time 5-6-2024 06:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Amik baby & tok laki pn dh level atok².
Usia mcm tu bese dh malas nk bkesah hal budak². Renyah.
Jgn meroyan p langgaq keta laki tu satgi.
Taniya & gud luck ler.
ya ampunnn..tinyah dah 40+ laki pulak dah 70+..kalau aku lebih baik la hidup aman2 je berdua sampai mati..dah 40+ ada anak kecik lagi..tapi yelah of course la bibik yg jaga..yg penting selfie n content je
Post time 5-6-2024 07:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kmbg replied at 5-6-2024 07:34 AM
Mcm atuk umur 80 wife 42 baru dapat anak tu kan..dgr atuk tu azankan anak rasa sebak pulak.
Oh aku ada nampak tt dia 2-3 hari lepas lalu lalang
Tapi aku tertarik ngn sorang acik ni komen dia baru abis pantang ank yg ke 3. Umur dia 50 ok. Setelah 22 tahun tak beranak katanya tup2 termengandung plak.
Aku tgk kat tt dia ada je yg sindir sian kat kakak dan abang yg terpaksa jaga adik nnt.
Tp acik tu jawab knp plak terpaksa adik sendiri takkan tanak jaga.
Nampak sihat je acik tu dan baby dia, nunggu cucu tak tau bilaa ahh beranak laa sendiri anak kecik dulu hahah
Post time 5-6-2024 08:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahniah dapat baby girl. Okaylah, bila anak tu dewasa, boleh teman Alyah ke sana sini. Tok Ram, belum tentu fit lagi waktu tu. Anak tu buat peneman dan menumpang kasih sayang. Win win situation gitu.
iols peminat progran projek bapak2 kt Astrok. selama iols follow pgrm tu nampak la sikit2 true color Tok Ram ni. mmg Tok Ram ni cakap lepas, kasar. tapiii dia gak seorang yg caring, timbang rasa/ tolak ansur. tua2 dia pon tp dia ada aura/ stylo. kalo iols pon tertarik dgn lelaki mcm ni. Tok Ram ni umo mid 60s. Tok Jalal lg tua dari dia
Post time 5-6-2024 08:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Rezeki Allah x slh alamat. Aku dulu pun xnk dh pk psl anak. Siap nk letgo segala brg baby yg aku dh bli mse x jd amik baby sblm ni. Tp allah tu maha hebat..esoknya trus dpt call dr jkm, ad org nk serah baby. Kebetulan dh bli semua brg baby girl. Dpt pun girl. Usia 42 aku amik..skang dh setahun stgh anak aku tu. Tp ni la satu2nya. X lrt dh aku nk berjaga mlm. Tp at least aku merasa la jge baby mlm2..tdo 2/3 jam je sehari...[em:3:]
Post time 5-6-2024 09:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
elnor_81 replied at 5-6-2024 08:50 AM
Rezeki Allah x slh alamat. Aku dulu pun xnk dh pk psl anak. Siap nk letgo segala brg baby yg aku dh ...
Eh mcm kes mat Salleh ni pulak..tetiba keluar kat youtube iols..kesian gila tau mula2 dia kena scam..ada org janji nk bg diorg twins..beria dah dia beli semua benda..siap buat gender reveal party bagai..rupanya scam..dia pun dh putus asa nk letgo brg2 yg dia beli utk twins tu..skali tetiba dia dpt call..ada org nk bg dia baby..mmg dah lahir dh pun..yg kali ni dia tak bgtau org lain (ada skrg je kwn dia yg dia bgtau)..sbb takut tak jd..esoknya terus diorg dtg amik baby tu..comey gilaaaaa
itula.. seeloknya macam tu..
tapi mungkin peluang tu takde lagi..
samada Alyah ambil pil hormon susukan baby sendiri...
atau kalau ada adik beradik tok ram yg masih menyusukan baby.. bole jadikan anak susuan.. tapi tgk usi tok ram mcm takde je yg masih menyusukan baby kan?
baby lagi.. kot la alyah bole cuba dapatkan susu lagi..semoga dipermudahkan urusan dorang..
biar la dia nak merasa penagalaman jadi seorang ibu..
ogy ahmad daud pun ambik anak masa umur 45 tahun..
jaga sorang2 je, sekarang dah besar budak tu..
dah boleh buat teman ke sana sini share suka duka.