View: 6754|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Hilang di Bahau, 'jumpa' di Butterworth
[Copy link]
|
|
PESARA tentera berusia 90 tahun itu ditemukan anggota polis bantuan di Penang Sentral, Butterworth. FOTO Ihsan PDRM
Jempol : Warga emas yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Bahau, Jumaat lalu, ditemukan di Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang, 7 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pesara tentera berusia 90 tahun itu ditemukan anggota polis bantuan di terminal pengangkutan berkenaan.
Katanya, ketika ditemukan, warga emas berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga tanpa tujuan.
"Polis bantuan kemudian menghubungi waris warga emas iaitu menantunya yang sebelum ini membuat laporan mengenai kehilangan bapa mentuanya dan mengesahkan individu itu adalah bapa mentuanya.
"Anggota polis dari Balai Polis Butterworth mengambil warga emas berkenaan dan membawanya pulang ke balai untuk proses dokumentasi selanjutnya," katanya.
Hoo berkata, waris warga emas berkenaan ketika dihubungi bersetuju untuk mengambil lelaki itu dengan kadar segera.
Media sebelum ini melaporkan kehilangan warga emas berkenaan selepas didapati hilang dari rumahnya di Taman Desa Puteri, Bahau, 7.30 malam, Jumaat lalu.
Hoo berkata, menantunya turut memaklumkan ayah mentuanya itu kerap berhalusinasi dan memberitahu tahu ada seseorang berbisik supaya pergi ke Pulau Pinang atau Alor Gajah, Melaka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... umpa-di-butterworth |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|