CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4158|Reply: 1

Jangan suka-suka kutip batu pantai, denda RM5,993

[Copy link]
Post time 29-5-2024 04:38 PM | Show all posts |Read mode




LONDON –  Orang ramai berdepan denda sehingga £1,000 (RM5,993) sekiranya mereka didapati mengutip batu kerikil semasa mengunjungi pantai-pantai di Cumberland, England, lapor akhbar Metro UK kelmarin.


Majlis Bandar Raya Cumberland menyatakan, denda itu turut dikenakan kepada pengunjung yang mengalihkan sebarang jenis cengkerang.


Menurut majlis berkenaan,  langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha meluas untuk mendidik orang ramai mengenai kemusnahan alam sekitar.


Jurucakap Majlis Bandar Raya Cumberland, Neil Dixon berkata,  cengkerang dan batu kerikil adalah penting dalam ekosistem pantai. Ia berfungsi sebagai penghadang semula jadi dan turut melindungi tanah daripada hakisan pantai serta banjir.


“Walaupun kelihatan tidak berbahaya untuk mengeluarkan hanya beberapa batu dan kerikil dari pantai, ia sebenarnya agak memudaratkan ekosistem yang terletak di sini,” katanya. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan buat mcm kt tanah air. Sana mmg dijaga dengan teliti dan rapi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.038080 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list