CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5943|Reply: 84

Perbincangan rasional

[Copy link]
Post time 30-3-2011 10:51 PM | Show all posts |Read mode
Aku nak ajak semua warga thread politik tempatan tak kira dari pihak kerajaan atau pembangkang.untuk berbincang dan bertukar pendapat dalam keadaan yang rasional..

-Corak pemerintahan yang mcm mana sebenar nyer yang kita semua perlukan...
-konsep macam mana..

aku harap kita dapat berbincang dalam keadaan rasional ..


sebab bagi aku semau politik kat malaysia sekarang nie tak dapat penuhi tuntutan ramai rakyat.
dari kedua2 pihak semua sama jer kerajaan atau pon pembangkang.
tokoh2 mempunyai pemikiran yang sama,corak kerja yang sama.
sejujur nya aku tak percaya pada semua tokoh yang ada...

sebab aku rasa ramai org yg no choice dalam malaysia nie,cuma mampu bertahan dlm keadaan skrg nie..dan mengelak untuk peralihan kuasa kerajaan sebab tak nak amik risiko ...


jom2 kita shared2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 11:08 PM | Show all posts
pendapat aku

aku rasa sesapa pon mmg tak kan dapat memenuhi semua kehendak rakyat tapi keperluan rakyat kerajaan skang dah bagi secukopnya....

tak perlu rasanya nak ubah kerajaan tapi ubah lah diri sendiri untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan tidak buruk sangka.....

secara rasional nya aku rasa kerajaan skang dah okay untuk tadbir negara...sbb kita aman damai, maju dan membangun....nak lagi gembira adik aku dapat 10A+ SPM baru2 nih...so nak apa lagi....usaha tangga kejayaan....

ucap ja rasa bersyukur...alhamdulillah....nikmat Allah....dibawah pentadbiran kerajaan pusat....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:18 PM | Show all posts
tak yah nak pening2 pikir pasal org nih salah...org nih syirik...org nih kafir....org nih murtad....tak payah.....bukan kerja kita....

dosa pahala Allah dah tetapkan....

syurga untuk org2 yang berbuat kebaikkan neraka untuk org berbuat kejahatan....

lagi satu....undang2 ada untuk org lakukan kesalahan.....penjara ada....nak pikir apa...
buat ja kerja ....solat jgn tggl....yang salah ada tempat dia....yang kita nih sapa pulak nak salah2 kan org lain....dah berjasa sgt kepada negara??? apa jasa yang kita dah beri???

sekadar pendapat......secara rasional......

pembangkang pon kena laa rasional gak....sbb pembangkang tak boleh nak jadi pentadbir sbb diorang nih tak dak idea dlm pentadbiran dan pembangunan.....cuma tahu bangkang jer....bangkang yang membina n bagi cadangan yang bernas untuk sama2 majukan negara....baru la aman dan maju....nih semua nak bangkang....idea tak dak pon....klu ada pon tak logik.....mcm buku jingga....lagi tak leh terima....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 11:23 PM | Show all posts
so anda punya pandangan lebih baik kita lihat diri kita sendiri dulu,ok bagus jugak tu....tak pa kita tggu yg len2 dlu ok.. tq..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by UMNO=SARKES at 30-3-2011 23:30

Bagi aku pula... kerajaan yang ada sepatutnya ditukar... kerana terlalu banyak pembaziran wang negara ke atas projek2 yang tak sepatutnya...

ADUN dan pak Menteri (BN) terlalu mengejar kekayaan diri sendiri... kita tak perlu memejamkan mata hanya kerana mereka Melayu... sedangkan kita tahu bahawa mereka bukan mengambil harta yang BERHAK kepada mereka...

Sedarlah.. Malaysia KAYA dengan hasil bumi... kita ambil contoh Negeri Terengganu... selama 25 tahun mendapat royalti minyak 5% dari Petronas... tapi ditangga manakah mereka sekarang ni? adakah mereka menduduki ranking negeri TERKAYA di Malaysia? tentu tidak bukan... ini antara bukti salah tadbir Kerajaan Negeri (BN)... tetapi tidak pula berani untuk bersaing secara sihat... tidak gentle kata orang... kerana apabila PAS memerintah Terengganu... Royalti minyak telah diTUKARkan kepada wang EHSAN... kita tidak perlu menafikan kerana perkara tersebut adalah FAKTA...

Adilkah mereka mengatakan DSAI sebagai pengkhianat negara? sedangkan kita tahu bahawa pengkhianat negara adalah pemimpin BN sendiri... kita ambil contoh:-

Pulau Singapura dilepaskan kepada Lee Kuan Yew.. atas kapasiti apa?
Sebuah gunung diberikan kepada Taukeh judi... atas alasan apa?
2 buah blok minyak diberikan kepada Brunei.. atas alasan apa?
Muhyidin memeterai perjanjian jual beli air dengan Singapura... dengan alasan TAKUT diserang.. rasional kah? apabila kita menjual dengan murah.. tetapi terpaksa membeli dengan mahal???

Dan apa pula yang DSAI beri kepada negara luar untuk mendapatkan title pengkhianat negara? kerana berkawan dengan Yahudi? kerana berkawan dengan USA? apa yang Yahudi dapat dari hak milikan Malaysia? APCO?

Sedarlah... untuk memajukan Malaysia... kita hendaklah memberikan persaingan kepada kerajaan yang ada.. tukar setiap 2 penggal...

Aku tidak takut untuk menukar kerajaan... kerana baik BN mahu pun PR... mereka adalah RAKYAT Malaysia... yang hidup di Malaysia dan tahu apa yang diperlukan untuk rakyat Malaysia...

Dengan berbekalkan SPM 10A++... belum tentu kita berjaya... masih jauh perjalanan untuk ke alam pekerjaan...

bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 11:32 PM | Show all posts
kau rasa klu malaysia buat sistem mcm kat USA bleh berubah tak sosio politik kat sisni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2011 11:33 PM | Show all posts
aku nak komen ckit ja....aku pon tak kata berjaya ka tidak klu dapat 10A aku cuma kata aku bersyukur....salah ker sarkes????

akceli hujah hang tuh yang hang kata fakta tuh refer kat mn????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 11:34 PM | Show all posts
malaysia ketandusan pemimpin kan ?setuju tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 11:36 PM | Show all posts
a ah....tanda2 akhir zaman pon dah nmpk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 11:38 PM | Show all posts
tak di nafikan zaman mahathir zaman politik malaysia yg terbaik..kan...walaupon mahathir tak dpt puaskan hati semua rakyat ..tp byk perkara yg dan dilaksanakan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:38 PM | Show all posts
Adilkah kita mengatakan PR tidak boleh memerintah? Tidak ada idea?

Buku jingga adalah perancangan yang sangat berani.. di mana BN sendiri mengatakan ianya adalah mustahil untuk dilaksanakan... ya.. ia memang mustahil untuk dilaksanakan oleh BN... sebab mereka sangat lemah mentadbir... tetapi tidak mustahil dilaksanakan oleh PR...

Adilkah apabila seorang siswazah tidak diambil bekerja hanya kerana mereka belum ada pengalaman bekerja? Apakah semua orang yang bekerja mempunyai pengalaman? tentu tidak bukan? Semua orang yang bekerja bermula dari 0!!!

Contoh:
Potensi manusia itu sangat besar... dan setiap majikan sememangnya mengambil risiko dengan mengambil pekerja yang tiada pengalaman.. tetapi... mana tahu... pekerja yang tiada pengalaman itu.. mungkin adalah seorang yang genius dan bakal membawa syarikat memperoleh keuntungan yang besar pada masa akan datang...

DAN...
Jangan lupa... barisan kepimpinan PR adalah barisan yang berpengalaman...
Kita lihat Selangor...
Kita lihat Pulau Pinang...

Apakah status mereka sekarang??? mereka menduduki tangga teratas dalam perolehan keuntungan... itu dengan kekangan dari BN.. kalau BN sebagai pembangkang memberi kerjasama... lagi laa boom!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:41 PM | Show all posts
kau rasa klu malaysia buat sistem mcm kat USA bleh berubah tak sosio politik kat sisni?
kuseng_power Post at 30-3-2011 23:32

Aku akan jawab satu persatu.. cuma aku harap.. forumer boleh berfikir dan berforum secara matang...

Kita mempunyai sosio politik yang tersendiri... teras kita adalah islam dan Melayu.. bukan Melayu dan islam...


Aku bagi ko satu soalan laa... kenapa PM kita melaungkan slogan 1Malaysia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 11:42 PM | Show all posts
Adilkah kita mengatakan PR tidak boleh memerintah? Tidak ada idea?

Buku jingga adalah perancangan ...

UMNO=SARKES Post at 30-3-2011 23:38


x dinafikan pencapaian yg dorang dah buat tu tp untuk meyakin kan rakyat skrg nie dgn apa yag PR ada adalah susah ok,graduan yang berpengalaman pon kadang2 tak mampu nak diberikan pekerjaan.ok soalan untuk kau la apa kah corak pemerintahan yg kau harap kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2011 11:46 PM | Show all posts
Aku akan jawab satu persatu.. cuma aku harap.. forumer boleh berfikir dan berforum secara matang.. ...
UMNO=SARKES Post at 30-3-2011 23:41


1 malaysia ikut pandangan aku cuam satu aspirasi yg najib cuba nak tonjolkan pada zaman dia,walau pon realiti nya zaman2 70an dan 90 an aku rasa tahap perpaduan rakyat malaysia lebih baik..tp percubaan yg baik oleh najib sebab mungkin ada satu kesedaran dari najib tentang perpaduan....


cuma seperti yg aku cakap aku tak nmpk calon atau tokoh2 yg betul2 ada identiti yg menuju kearah 1 malaysia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:47 PM | Show all posts
aku nak komen ckit ja....aku pon tak kata berjaya ka tidak klu dapat 10A aku cuma kata aku bersyukur....salah ker sarkes????

akceli hujah hang tuh yang hang kata fakta tuh refer kat mn????
mizzluna Post at 30-3-2011 23:33

Yupe... bersyukur itu memang wajib... tapi untuk berjaya di masa akan datang... adik anda harus berusaha dengan berlebih lagi.. even zaman aku di IPTA sekali pun... pelajar cemerlang dalam SPM (7A-10A)... ada yang gagal... kerana mereka telah dibiasakan dengan suaan menjawab soalan peperiksaan... dan sistem itu adalah terlalu berlainan dengan sistem pembelajaran di Universiti...

Ohhh tidak.. apakah anda tidak p[ernah melihat kemewahan pemimpin BN? you are so naive!!!!


Jauh berjalan... luas pandangan... bila anda ada pengalaman bekerja.. dan menguruskan kewangan sendiri... semasa bujang dan selepas berumah tangga.. anda akan tahu bahawa dengan gaji sekian2... sekian2 jugalah harta yang akan anda perolehi... ia TIDAK akan melebihi dari kemampuan kewangan kita... melainkan anda berniaga...


Seperti yang aku katakan.. jangan memejamkan mata dengan FAKTA yang ada... luaskan pengetahuan anda... banyakkan membaca... insyallah.. kamu akan jumpa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:49 PM | Show all posts
malaysia ketandusan pemimpin kan ?setuju tak?
kuseng_power Post at 30-3-2011 23:34


Aku setuju... selepas DSAi dipecat dari UMNO... tiada pemimpin yang dilihat mampu memimpin Malaysia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2011 11:51 PM | Show all posts
Aku setuju... selepas DSAi dipecat dari UMNO... tiada pemimpin yang dilihat mampu memimpin Malay ...
UMNO=SARKES Post at 30-3-2011 23:49




   maybe tp honestly la kau rasa dia masih lagi mampu beri kau pandangan mcam dia dulu ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:56 PM | Show all posts
x dinafikan pencapaian yg dorang dah buat tu tp untuk meyakin kan rakyat skrg nie dgn apa yag PR ada adalah susah ok,graduan yang berpengalaman pon kadang2 tak mampu nak diberikan pekerjaan.ok soalan untuk kau la apa kah corak pemerintahan yg kau harap kan....
kuseng_power Post at 30-3-2011 23:42

Memang benar... PR telah berjaya membuktikan bahawa mereka boleh mentadbir negeri... cuma media massa national tidak berlaku adil kepada mereka dengan tidak menyiarkan berita2 yang benar...

Corak pemerintahan yang aku inginkan...


Tentunya corak pemerintahan seperti Rasulullah dan Khalifah...


Khalifah Saidina Abu Bakar diketahui adalah seorang yang kaya raya... tetapi dihujung usia beliau... beliau telah menjadi kurang berharta... kerana beliau RAJIN dan selalu bersedekah dan menolong fakir miskin... sesuatu sifat yang tidak ada pada Pemimpin UMNO... sebabnya.. cuba kita lihat keadaan mereka sebelum, semasa dan selepas menjadi Pemimpin... bukan bertambah miskin... tapi bertambah kaya... ok.. tak dinafikan.. mereka mendapat gaji... tapi adakah setimpal gaji dengan jumlah kemewahan yang ada?

Kita ambil contoh TGNA... beliau ada ciri2 pemerintahan Khalifah... Sebahagian gaji dan elaun yang dia dapat disedekahkan kepada rakyat yang miskin... mungkin melalui tabung2 atau baitulmal... setuju dengan kenyataan aku?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:59 PM | Show all posts
Yupe... bersyukur itu memang wajib... tapi untuk berjaya di masa akan datang... adik anda harus be ...
UMNO=SARKES Post at 30-3-2011 23:47
a

manusia nih sama ker??? tak kan....

kita ada qada dan qadar.....

tak kisah la berjaya or tak....tapi aku gitaw aku bersyukur itu jer....bukan srh hang wat penilaian untuk masa depan adik aku....

point aku ialah rasa bersyukur aku....terhadap nikmat yang diberi....doa mama aku dimakbulkan....

tahu pon wajib.....so bersyukur la apa yang kita dapat....tak kira susah ker senang kita wajib bersyukur....klu nak kira cukop apa pon tak cukop....sbb tuh apa2 pon yang kita dapat kita kena bersyukur....sbb kehendak manusia tak dapat dipenuhi....

persoalan aku

hang rasa napa hidup DSAI jadi begitu hina.....dituduh mcm2.....oleh yang tak suka....dan najib pon dituduh mcm2 napa????

dua2 nih pemimpin.....hang ngan aku rakyat.....napa kita berbeza dalam pilihan untuk menyokong pemimpin....jawab yer....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 12:00 AM | Show all posts
1 malaysia ikut pandangan aku cuam satu aspirasi yg najib cuba nak tonjolkan pada zaman dia,walau pon realiti nya zaman2 70an dan 90 an aku rasa tahap perpaduan rakyat malaysia lebih baik..tp percubaan yg baik oleh najib sebab mungkin ada satu kesedaran dari najib tentang perpaduan....


cuma seperti yg aku cakap aku tak nmpk calon atau tokoh2 yg betul2 ada identiti yg menuju kearah 1 malaysia tu..
kuseng_power Post at 30-3-2011 23:46

Aku setuju.. Kerajaan telah membazirkan wang untuk program 1malaysia... di mana.. perpaduan itu telah wujud lama dahulu...

Ko bayangkan... DS najib melaungkan 1Malaysia.. tetapi pada masa yang sama... Muhyidin melaungkan Ketuanan Melayu... bukan kah itu bercanggah?


Tidak akan ada perpaduan sejati kerana BN masih diwakili oleh Parti berasaskan kepada kepentingan dan perjuangan KAUM tertentu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74654 Replies : 3005
Anzalna Oh Anzalna
URUHAAnzalna Oh Anzalna
Views : 13248 Replies : 63
“Nelydia sudah free hair? (tidak bertudung),” Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung
chacon“Nelydia sudah free hair? (tidak bertud
Views : 8545 Replies : 12
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12228 Replies : 86
Kambing, virgin & vegan
kutaqKambing, virgin & vegan
Views : 6628 Replies : 28
Reptilia
InezkhalidiReptilia
Views : 8057 Replies : 32
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3955 Replies : 38
Emmm ?
RemydaEmmm ?
Views : 3072 Replies : 16
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41812 Replies : 259
Meow & Otomen Yang Caring
URUHAMeow & Otomen Yang Caring
Views : 6035 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.071547 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list