CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 6210|Reply: 0

[Terengganu] 464 calon SPM Terengganu peroleh semua A

[Copy link]
Post time 27-5-2024 12:25 PM | Show all posts |Read mode

Jelani (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengetua SM Imtiaz YT Kemaman, Ruslan Ibrahim atas kejayaan mencapai GPS terbaik Terengganu di Pejabat JPN Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 464 calon di Terengganu memperolehi semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, ia peningkatan 0.76 peratus berbanding 333 calon pada tahun lalu.

“Seramai lapan orang atau 0.05 peratus daripada 16,382 calon yang menduduki peperiksaan SPM di Terengganu pada tahun ini memperolehi semua A+.

“Ia peningkatan 0.01 peratus enam calon memperolehi semua A+ pada tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Jabatan Pendidikan Terengganu di sini hari ini.

Jelani berkata, Terengganu juga mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) Terengganu 4.41, lebih baik berbanding 4.59 pada tahun lalu.

Tambah beliau, sebagai perbandingan, Gred Purata Kebangsaan pada tahun ini ialah 4.60.

“Empat sekolah memperolehi kelulusan dalam semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kemaman, SM Sains Kuala Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikg Abdul Malek dan SM Imtiaz YT Kuala Berang.

“Gred Purata Sekolah terbaik pula ialah SM Imtiaz YT Kemaman iaitu 1.32,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... nu-peroleh-semua-a/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.127519 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list