CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2498|Reply: 0

Tiada masalah tanpa Kelantan, Liga A1 tetap diteruskan

[Copy link]
Post time 25-5-2024 02:38 PM | Show all posts |Read mode

Sebanyak 15 pasukan akan bertanding dalam Liga A1 musim ini.

KUALA LUMPUR: Saingan separuh profesional, Liga A1 MBSB Bank 2024-2025 akan diteruskan dengan penyertaan 15 pasukan selepas Kelantan FC menarik diri.

Lima pasukan baharu dan 10 pasukan sedia ada bakal mengharungi 210 perlawanan sepanjang kejohanan yang akan membuka tirai 1 Jun ini dan berakhir Februari 2025.

Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata semua pasukan sudah diberikan tempoh lanjutan pendaftaran pemain sehingga semalam.

"Bagaimanapun Kelantan FC membuat keputusan untuk menarik diri memandangkan pasukan terbabit masih lagi dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) menyebabkan mereka hanya boleh mendaftar pemain sedia ada.


"Walaupun Kelantan FC berusaha sebaik mungkin, mereka tidak berjaya mendaftarkan minimum 20 pemain sebagaimana yang kita tetapkan kepada semua pasukan," katanya.

Presiden TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman dalam kenyataan mengesahkan penarikan diri pasukan itu dan akan fokus menyelesaikan beberapa masalah termasuk kes di FIFA sebelum kembali menyertai liga bola sepak pada masa akan datang.

Selain itu, Mohd Yusoff berkata, kejohanan yang kini memasuki musim kedua penganjuran dengan penaja utama iaitu MBSB Bank memperlihatkan keyakinan dan sokongan pemain industri bola sepak tempatan.


"Secara rasmi 15 pasukan ini adalah Armed Forces FC, Harini Selangor FT, Imigresen FC, Malaysian University, Melaka FC, YPM FC, Manjung City FC, PIB Shah Alam.


"Turut menyahut cabaran adalah Bukit Tambun FC, Machan FC, Gombak FC, Bunga Raya Damansara FC, KL Rovers, UiTM United dan PT Athletic FC," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... a1-tetap-diteruskan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.430653 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list