View: 3657|Reply: 0
|
[Kelantan]
Buruh mengaku salah cabul, ugut anak tiri dijel 8 tahun
[Copy link]
|
|
Anggota polis mengiringi tertuduh (tengah) untuk didakwa atas pertuduhan mencabul dan mengugut anak tirinya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/KOSMO!
KOTA BHARU – Seorang buruh dipenjara lapan tahun dengan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul dan membuat ugutan jenayah terhadap anak tirinya kira-kira dua minggu lalu.
Tertuduh yang berusia 44 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual ke atas mangsa dengan mencabul seorang remaja perempuan iaitu anak tirinya yang berusia 16 tahun dua bulan ketika kejadian.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3 petang di sebuah sebuah rumah di sini pada 9 Mei lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, buruh itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menggunakan sebilah pisau untuk mencederakan remaja itu pada tarikh, tempat dan masa yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 14 Mei lalu.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang merupakan ayah tiri mangsa tiba-tiba masuk ke dalam bilik remaja itu kira-kira pukul 3 petang pada 9 Mei lalu.
Mangsa bangun untuk beredar dari bilik itu, namun dicabul oleh ayah tirinya dan kemudian lelaki itu keluar dari bilik tersebut dan masuk semula dengan membawa sebilah pisau lalu mengacukan pisau tersebut pada mangsa.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... tiri-dijel-8-tahun/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|