View: 3534|Reply: 0
|
[Terengganu]
Allah bagi pinjam tangan 10 tahun
[Copy link]
|
|
Muhamad Fazlee Aziz ketika berusia 10 tahun ketika dirawat di hospital selepas tangannya tersepit mesin tebu pada 2009.FOTO IHSAN MUHAMAD FAZLEE AZIZ
Kuala Terengganu: Walaupun mengalami kecacatan fizikal pada tangan kanan selepas tersepit mesin tebu 15 tahun lalu, Muhamad Fazlee Aziz, 25, tidak patah semangat sebaliknya terus bangkit dan berlapang dada dengan ujian diterimanya.
Ini terbukti apabila pemuda yang berasal dari Kerteh, Kemaman ini tidak menjadikan kekurangan yang ada untuknya meratapi kekurangan diri dan berpeluk tubuh sebaliknya menjalani kehidupan seperti rakan seusianya.
Dia yang bekerja sebagai pegawai media kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim tidak menyangka minatnya dalam dunia fotografi dan digital menjadi sumber rezekinya.
Katanya, dia mula berhijrah ke Kuala Terengganu untuk mencari pengalaman sebaik sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Perfileman di UiTM, Puncak Perdana pada 2020.
"Saya memang minat bidang fotografi dan digital, jadi memang mencari kerja dalam bidang itu dan Alhamdullilah, saya diterima bekerja dengan Majlis Belia Negeri Terengganu pada 2021 sebelum bekerja dengan YB (Yang Berhormat) pada Oktober 2023.
"Saya bersyukur kerana diberi peluang bekerja dalam keadaan saya yang tidak sempurna walaupun tidak dinafikan kehadiran saya ada kalanya mencuri tumpuan dengan pandangan yang simpati kerana keadaan tangan saya," katanya.
Mengimbas kejadian yang berlaku pada 2009 itu, Muhamad Fazlee berkata, pergelangan tangan kanannya tersepit mesin tebu ketika dia berusia 10 tahun.
Katanya, kejadian itu menyebabkan tangan kanannya gagal diselamatkan dan terpaksa dipotong.
"Memang susah nak terima apatah lagi ketika itu saya masih kecil dan tiba-tiba diuji sebegitu namun saya bangkit untuk diri sendiri kerana tidak mahu bapa, Aziz Jaafar, 62, dan arwah ibu, Lila Mohamad Nor (meninggal dunia pada 2022 akibat Covid-19) bersedih.
"Pada peringkat awal memang susah dan rutin harian saya berubah selain terpaksa belajar menggunakan tangan kiri.
"Alhamdulillah, lama-kelamaan saya mula terima dan reda dengan ujian Allah yang bagi saya pinjam tangan ini," kata anak bongsu daripada empat beradik itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jam-tangan-10-tahun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|