View: 5022|Reply: 6
|
Transit Aliran Automatik (ART) Diuji Lagi Di Putrajaya, Boleh Naik Percuma Hingga 31 Julai
[Copy link]
|
|
Orang ramai berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki Transit Aliran Automatik (ART) yang akan kembali diuji di Putrajaya.
Menurut Perbadanan Putrajaya (PPj), tempoh percubaan adalah selama tiga bulan iaitu bermula pada 13 Mei lalu hingga 31 Julai depan.
Dalam satu kenyataan di Facebook beberapa hari lalu, pihaknya berkata projek rintis terbabit adalah usaha PPj bagi mengetengahkan ART sebagai salah satu mod pengangkutan yang boleh melengkapkan rangkaian sistem sedia ada.
"Dua laluan diperkenalkan sempena tempoh percubaan ini iaitu laluan 1A yang akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat.
"Bermula dari MRT Putrajaya Sentral menghala ke Lebuh Wawasan Persiaran Perdana, Lingkaran Gemilang dan kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral," katanya.
Laluan kedua pula iaitu laluan 2B hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Ia akan turut bermula dari MRT Putrajaya Sentral ke Persiaran Perdana, kemudian menghala ke Lebuh Bestari, Persiaran Timur dan IOI Putrajaya sebelum kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral.
"Orang awam yang ingin mencuba sendiri pengalaman menaiki ART hanya perlu menggunakan aplikasi melalui kod QR yang disediakan di stesen mengambil penumpang.
"Sebanyak tiga trip disediakan setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang," katanya.
Imbas kembali, percubaan ART ini telah dilakukan pada 1 hingga 4 Februari lalu yang juga menyaksikan orang ramai boleh menaikinya secara percuma.
Bagi yang belum tahu, pengangkutan awam ini yang juga dikenali sebagai trackless tram sudah lama wujud di beberapa negara maju.
Pada 2017, Syarikat Kereta Api China (CRRC) telah memperkenalkan tram pandu sendiri yang dikenali sebagai ART.
ART mempunyai karakter pengangkutan seperti kereta api ringan, namun dapat dibina dengan kos yang jauh lebih murah.
Sistem ini tidak memerlukan trek khas dibina dan bergerak di atas jalan biasa menggunakan sistem tayar getah.
Sumber: Perbadanan Putrajaya/SiakapKeli |
|
|
|
|
|
|
|
"terima kasih Malezia..kita pon vole naik pree"-Abangla |
|
|
|
|
|
|
|
Dah naik masa hari wilayah haritu. Slow ya amat. Kelebihannya boleh naik ramai org sekaligus |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat fun ride untuk orang yang banyak masa. 1 jam dari Putrajaya Sentral ke 'Pusat Bandar'... are you serious?
btw teks kata weekday route berakhir di Lingkaran Gemilang tapi info grafik (jadual) kata Parcel F. Aku check google map jauh gila kot dua tempat tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
nikaido: Dah naik masa hari wilayah har ...
Ada byk seat x? Atau semua berdiri je? |
|
|
|
|
|
|
|
ART ni mmg sekitar putrajaya je ke utk sepanjang tempoh ujian lepas ni akan ada laluan lain? |
|
|
|
|
|
|
|
aku yg duk PJ ni pun x terserempak lagi dengan tram ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|