CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3218|Reply: 0

'Kedah dipaksa jadi miskin' bila saya kata kita dimiskinkan, orang marah, itu satu jenis paksaan" - Sanusi

[Copy link]
Post time 15-5-2024 07:27 PM | Show all posts |Read mode






Alor Setar: Kedah memohon ganti rugi sebanyak RM200 juta setahun dari Persekutuan berikutan kehilangan pendapatan demi mengekalkan tanah sawah bagi menjamin keselamatan makanan negara.


Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata permohonan ganti rugi itu dianggap munasabah kerana permintaan membangunkan tanah sawah bagi tujuan perumahan, industri dan komersial meningkat setiap tahun.


"Kita minta RM200 juta setahun, kalau kita bangunkan tanah (sawah) sedia ada yang diluluskan (lebih 10,000 hektar) dalam Rancangan Tempatan Daerah (RTD) setiap tahun, kita akan dapat RM100 juta (setahun) untuk tanah itu.


"eningkatan permintaan kepada tanah sawah untuk perumahan, industri dan komersial juga meningkatkan cukai tanah.


"Kita juga ada pelaburan datang, macam mana kita nak imbangi kehilangan kita dengan permintaan terhadap tanah untuk aktiviti selain padi, jadi kita minta RM200 juta (setahun)," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.


Muhammad Sanusi berkata Kedah kehilangan cukai pembangunan berkenaan yang jumlahnya adalah RM1,000 per hektar berbanding hanya RM15 per hektar kerana mengusahakan sawah.


Katanya, adalah tidak adil untuk membuat perbandingan Kedah sebagai negeri miskin sedangkan negeri ini 'diarahkan' menjadi miskin.


"Sampai masa dibuat perbandingan dia kata kita miskin, miskin kerana suruh kami tanam padi. Cukai tanah sawah padi, satu hektar RM15, cukai untuk tanah industri, satu hektar RM1,000.


"Itu (cukai) yang kita lepaskan, bila saya kata kita dimiskinkan, orang marah, itu satu jenis paksaan. Kita diarahkan untuk menjadi miskin (tanam padi) tapi orang tak faham," katanya.


Muhammad Sanusi berkata adalah menjadi harapan kerajaan negeri agar Kerajaan Persekutuan untuk berkongsi tanggungjawab bersama-sama melindungi bekalan makanan negara.


Pada 4 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan bersedia meluluskan penukaran status tanah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), kepada pembangunan komersial sebagai salah satu inisiatif membantu meningkatkan pendapatan Kedah yang memainkan peranan besar dalam keselamatan makanan negara.


Bagaimanapun, Pengerusinya Datuk Dr Ismail Salleh dilaporkan berkata tindakan menukar status tanah sawah kepada pembangunan komersial dikhuatiri memberi impak besar terhadap jaminan keselamatan makanan negara.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.092659 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list