|
MOHD Nadzri (kanan) dan pegawainya menunjukkan sebahagian daripada rokok seludup yang dirampas. FOTO Ghazali Kori.
Kuala Terengganu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas 2.1 juta batang rokok seludup selepas menahan lori di Kilometer 349.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kuala Dungun.
Pengarahnya Mohd Nadzri Ariffin berkata, rokok berserta cukai yang bernilai lebih RM1.4 juta itu dirampas hasil risikan dan intipan yang dilakukan pada penghujung April lalu.
"Lori berkenaan disita dan turut ditahan pemandu lori berusia 20-an. Dia direman 14 hari untuk membantu siasatan mengikut mengikut Seksyen 135(e) Akta Kastam 1967.
"Rokok itu dipercayai dibawa masuk ke negara ini melalui jalan laut sebelum dipindahkan ke dalam lori untuk dihantar kepada pengedar tempatan khususnya di Pantai Timur dan Lembah Klang," katanya pada sidang media di Pejabat Penguatkuasaan JKDM Terengganu, di sini, hari ini.
Mohd Nadzri berkata, dalam tempoh Januari hingga April lalu, pihaknya berjaya merampas 2,617,560 batang rokok bernilai RM324,099, manakala nilai cukai sebanyak RM1,757,528.
Katanya, dalam tempoh itu juga lima kenderaan disita, selain rampasan turut membabitkan mercun seberat 985.18 kilogram dan 274 kain batik bernilai RM7,398.
Beliau meminta orang ramai yang mengetahui sebarang maklumat mengenai aktiviti penyeludupan agar menyalurkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... laut-edar-guna-lori |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|