CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5993|Reply: 20

[Tempatan] Bekas guru pilih jual sandwic demi keluarga

  [Copy link]
Post time 11-5-2024 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Bekas guru pilih jual sandwic demi keluargaOlehASWANY OMAR

11 Mei 2024 07:20am






KOTA BHARU - Seorang peniaga sandwic tidak menyangka keputusannya meletak jawatan sebagai guru memberi peluang yang lebih baik dalam bidang perniagaan.

Bekas guru sejarah dan Geografi di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang, Yasmien Aiezzam Yasin, 35, pada mulanya membuat keputusan berkenaan kerana tidak sanggup berjauhan dengan suami dan tiga anak yang masih kecil.

Menurut Yasmien Aiezzam atau lebih mesra dengan panggilan Mien, jiwanya tidak tenang dan sentiasa menangis mengenangkan anak-anak menyebabkannya tidak dapat menumpukan perhatian ketika mengajar di dalam kelas.



Yasmien Aiezzam menunjukkan dua jenis resipi sandwich yang dicipta untuk diet

"Setiap hari saya menangis teringatkan anak-anak yang masih kecil dan setiap tahun juga mengisi borang permohonan berpindah mengajar di Kelantan tetapi gagal," katanya.

Mien memberitahu, ketika itu juga dia hamil anak keempat dan hatinya tidak kuat untuk hidup sendirian tanpa suami dan keluarga.

"Terlalu sukar untuk meneruskan kerja sehingga saya kemurungan dan berfikir melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

"Kira-kira empat tahun di Green Lane, Pulau Pinang saya tidak berfikir panjang lagi dan terus meletak jawatan pada tahun 2016," katanya.

Berkongsi kejayaannya memulakan perniagaan sehingga sandwicnya dikenali di Kelantan, Mien berkata, selepas melahirkan anak kelima pada Februari 2022, berat badannya meningkat.

Jelasnya, sebelum ini dia tidak memikirkan pernah memikirkan gaya hidup dan pemakanan sihat menyebabkan berat badan mencecah lebih 80 kilogram (kg).

"Saya lebih suka hidangan manis. Selepas mengalami ketidakselesaan akibat kegemukan, saya berusaha menurunkan berat badan.

"Jadi saya fikir makanan yang sesuai dan boleh dimakan setiap hari ialah sandwic dengan mempelbagaikan jenis inti sesuai untuk diet," katanya.

Selepas itu Mien turut berkongsi makanan sihatnya di media sosial dan tidak menyangka mendapat sambutan daripada rakan-rakan terdekat sebelum mula menerima tempahan.



Yasmien Aiezzam menyediakan sandwich untuk jualan.

Kini, selepas enam bulan memulakan perniagaan secara serius, sandwic dari resipi sendiri itu mula mendapat sambutan meluas dan tular di media sosial.

Menurut Mien, cabaran berniaga makanan sihat ialah perlu bangun seawal jam 3 pagi bagi menyiapkan bahan yang diperlukan supaya kekal segar sehingga waktu sarapan.

Kongsinya lagi, ada juga pelanggan yang menempah sandwic untuk minum petang dan mereka tidak berkira mengenai harga kerana tahu kualiti serta khasiatnya.

Mien mengakui teruja kerana usahanya berbaloi selepas mendapat sambutan daripada penggemar sandwic terutama pelanggan yang tidak menggemari gula atau garam tambahan dalam makanan.

Sehingga kini Mien menyediakan sandwic dengan 20 inti menggunakan bahan segar kerana dimasak sendiri di rumah.

"Buat masa ini saya dapat menjual antara 130 hingga 200 sandwic dalam sehari dan antara yang popular ialah Korean chicken, chicken crispy serta Korean beef," katanya.

Mien kini boleh berbangga kerana keputusan sukarnya dibuktikan dengan kejayaannya sebagai peniaga sandwic malah turut diakui suaminya, Mohd Faiz Husaini, 37.

"Alhamdulillah, pengorbanan saya berbaloi bukan sahaja untuk anak-anak malah kepuasan diri sendiri kerana dapat mengurus anak-anak dan berjaya dalam perniagaan," katanya.

Mien turut menyimpan impian menjadi guru kepada mereka yang berminat membuat dan berniaga makanan sihat itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.


Bekas guru pilih jual sandwic demi keluarga



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa beratnya now?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mmm...dah tau pjj sampai 4 anak pastu merempan sedih tgl anak2 kat kg
lepas resign branak lagi

bagusla berjaya dgn bisnes dan berjaya kuruskan badan jeles plak tgknya. mcm byk je turun berat bdn tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau kerja gomen memang kena tukar ken pjj yg dulu pergi isi borang apply kerja dah kenapa? Menyusahkan orang dan menafikan hak org lain yg nak kerja cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar la org nak ckp apa, tp aku puji dia sanggup resign dr pekerjaan yg terjamin masa depan, utk buat sesuatu yg uncertain utk keluarga. Lagi baik resign dr merempan tiap2 tahun gagal egtukar, lepas tu jadi guru bermasalah, cederakan anak murid, last2 masuk pool.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus dia letak jawatan dari meroyan x lulus eg tukar, aku nk Komen mcm ini kt fb guru Malaysia tu tapi pasti kena kondem lepas tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah aku jumpa cikgu tu bwa anak dia sorg, sorg lgi laki dia jaga (laki dia M.A posting kampung diaorg) gigih naik flight turun flight
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 03:20 PM | Show all posts
dah elok dia resign pun masih ada yang tak puas hati
pelik manusia yang berhati hitam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 11-5-2024 04:20 PM

Org ramai marah sbb cikgu tu cuti byk, kerja half day flexible, kerja berpencen, x boleh jauh totey laki, korban kerjaya supaya fokus anak2 jadi perdana menteri saintis pakar ekonomi gituh. Atau dihasut org suruh berhenti kerja. Suami humban beban kerja jaga 4 budak 100% kat bini sorang2 tanpa pengasuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je dia resign sbb tak sanggup berjauhan dgn keluarga pastu tak leh tumpu pd kelas.

Daripada sesetgh cikgu ni buat business patutnya jadi side income tp lagi concentrate pd bisnes. Sudahnye stay jadi cikgu sebab cukup bulan nk cucuk duit gaji or stay sebab senang nk dpt personal loan utk business. Ujung-ujung dah nak naik jusa gaji 5 angka tapi tetap takde sumbangan pd masyarakat pun
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Gini aku puji.
Bior resign dr merempan cm onggile or worse jd cikgu pd nama je.
Spesis gitu wajib diludahkn aje.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 11-5-2024 04:22 PM
Ok je dia resign sbb tak sanggup berjauhan dgn keluarga pastu tak leh tumpu pd kelas.

Daripada ses ...

Ye btl...duk merempan gaji x cukup..lps tu sibuk bt bisnes online..hilang fokus mengajar..ape2 info tepek kat group wasap kul 3,4 pg...pagi esok dlm kelas membebel marahkan anak murid pasal dia sendiri x fokus... Bila parent mengadu kat pengetua bg alasan penat,mengajar... Dah penat mengajar x yah bt bisnes online..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 11-5-2024 04:48 PM
Ye btl...duk merempan gaji x cukup..lps tu sibuk bt bisnes online..hilang fokus mengajar..ape2 inf ...

Btul la uols aku plg rengsa cikgu yg last minit baru nak pesan dlm group nak itu nak ini. Cikgu yg kasi info tak detail, bila makbapak tanya dlm group terus cop makbapak tu annoying. Die ingat makbapak ni keje separuh hari ke mcm diorg boleh pegi kedai cari barang mcm diorg tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap lakinya sejenis manusia berguna & tidak mencurang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp wanpaku dia nmpk sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 11-5-2024 11:47 PM
asmurai replied at 11-5-2024 02:29 PM
Dah tau kerja gomen memang kena tukar ken pjj yg dulu pergi isi borang apply kerja dah kenapa? Menyu ...


Dia dah berenti tu, adale kekosongan, part mana yang menafikan hak orang lain. Lain le kalau dia  jalankan tugas sambil lewa.

Sayang jugak le dia berenti kerja tu. Banyak masa dah terbuang. Dia buat bisnes tu nak kena start from zero balik, kalau menjadi Alhamdulillah. Tapi tu le susah PJJ ni, nak plak dia yang kat perantauan. Dalam dia PJJ tu, anak nak masuk 4.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 07:58 AM | Show all posts
Tahniahlah.

Walaupun keputusan berhenti itu sukar tapi life goes on. Selagi hidup tetaplah kena fight..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik jadi suri rumahtangga fulltime je. Besar pahale.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 12-5-2024 09:09 AM
delia3003 replied at 11-5-2024 11:46 PM
Dia dah berenti tu, adale kekosongan, part mana yang menafikan hak orang lain. Lain le kalau dia   ...


Menafikan hak orang lain yang sama sama mintak kerja dengan dia dulu lah. Sebab dia apply dan dapat orang lain yang sama apply tak dapat. Alih alih berhenti. Kalau dia tak apply dulu, orang lain yang dapat dan dapat banyak pengalaman kerja dah sekarang dan dah jadi guru berpengalaman untuk mengajar murid murid. Ni dia berhenti dah gomen kena ambik budak baru nak kena train baru pulak. Membazir masa dan duit je. Kerugian di pihak kerajaan.

Lain la kalau dia dah berkhidmat 20 tahun lebih ka pastu bersara pilihan haa berbaloi la gomen dah bayar gaji bayar training kat dia sebab dah lama berkhidmat untuk rakyat.

Kalau ada 5000 orang perangai macam ni tiap tiap tahun, mintak kerja lepas tu bila dapat kerja, kerja sekejap je dah nak berhenti, buat rugi gomen je. Sekolah pun asyik laa dapat cikgu budak fresh tak berpengalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 12-5-2024 09:55 AM
asmurai replied at 12-5-2024 08:26 AM
Menafikan hak orang lain yang sama sama mintak kerja dengan dia dulu lah. Sebab dia apply dan dapa ...


Rezeki dia dulu. Rezeki budak baru sekarang lepas dia berhenti, bukan rezeki orang yang tak dapat masa sama² apply. Pengambilan guru berterusan, sentiasa ada orang baru untuk gantikan yang lama dan untuk cukupkan kuota. Yang tak dapat tu, maybe rezeki kat tempat lain yang lagi baik, kita tak tau. Takde istilah menafikan hak orang lain
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.652576 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list