CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6670|Reply: 0

[Johor] Bakti terakhir buat ayah

[Copy link]
Post time 8-5-2024 05:16 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Azziff bersama bapa tersayang, Ahmad Azni. Gambar kanan, Ahmad Azziff ketika membacakan talkin pada pengebumian bapa. FOTO Ihsan Ahmad Azziff Ahmad Azni

Kota Tinggi: "Wahai ayah selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkan ayah kepada Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga dicucuri rahmat dan keampunan ke atas ayah."

Itu antara ungkapan pilu Ahmad Azziff Ahmad Azni, 29, ketika membaca talkin pada pengebumian bapa tersayang, Ahmad Azni Shaharuddin yang meninggal dunia pada 6 April lalu selepas mengalami angin ahmar sejak dua tahun lalu.

Suara hiba dan sebak Ahmad Azziff yang berasal dari Kampung Panchor, di sini, dilihat melalui perkongsian video dimuat naik di TikToknya yang turut mendapat perhatian netizen di akaun media sosial itu.

Penjawat awam itu berkata, dia memang mahu membacakan talkin sebagai bakti untuk perjalanan terakhir bapa 'pulang' ke negeri abadi dan bersyukur hasratnya itu termasuk menguruskan jenazah insan tersayang dapat dilaksanakan dengan lancar.


"Alhamdulillah, saya, abang dan abang ipar dapat memandikan dan kafankan jenazah ayah dengan semua urusan berjalan lancar serta paling bersyukur apabila saya juga dapat membacakan talkin pada pengebumian lelaki kesayangan kami.

"Memang sebak ketika membaca talkin dan pada mulanya suara seperti tak lepas tetapi saya teruskan juga sehingga selesai. Setiap ungkapan talkin itu membuatkan saya sayu, sedih dan sebak," katanya anak bongsu daripada tiga beradik itu ketika dihubungi.

Berhubung perkongsian video di TikTok katanya, video berkenaan dirakam sepupu tanpa pengetahuannya dan bersyukur kerana ia akan menjadi kenangan selain apa yang dilakukan itu juga dianggap sebagai penghargaan untuk bapa sebelum mereka berpisah di dunia ini.

Bagaimanapun menurutnya, perkongsian video itu bukan untuk membanggakan diri atau menunjuk-nunjuk apa dilakukan sebaliknya ia sekadar untuk kenangan yang sekali gus dapat menyampaikan mesej positif supaya perkara sama juga boleh dilakukan anak muda.

"Alhamdulillah ramai yang mendoakan ayah dan ramai juga yang hantar mesej untuk meminta kongsi teks talkin itu yang saya perolehi daripada imam masjid di kampung.

"Saya berasa gembira mungkin perkongsian itu beri semangat pada orang lain untuk membaca talkin sekali gus beri penghargaan untuk ibu bapa mereka nanti," katanya.

Terdahulu, Ahmad Azziff berkongsi videonya membaca talkin pada pengebumian bapa dengan menahan sebak dan menyifatkan ia sebagai bukti cintanya kepada lelaki itu yang meraih tontonan ramai serta pujian netizen yang turut sebak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -terakhir-buat-ayah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.436161 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list