CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 851|Reply: 0

[Selangor] Isu Tanah Perkuburan Islam Selat Klang dijangka selesai hujung Mei ini

[Copy link]
Post time 6-5-2024 04:31 PM | Show all posts |Read mode

DARWIS ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama ECRL. FOTO Amirudin Sahib

Petaling Jaya: Isu penggalian dan pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi memberi laluan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka selesai akhir bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan waris, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) secara tertutup.

Katanya, isu pembinaan yang banyak berbangkit di Selangor sudah selesai dan terbaru berkaitan peralihan kubur di Selat Klang.

"Kita jangka ia akan dapat diselesaikan penghujung bulan ini dan secara keseluruhannya perbincangan itu menjurus kepada bagaimana kita perlu memindahkan kubur terbabit.


"Selain itu, kami juga sudah mendapatkan kaedah mengenai apa yang perlu dibuat dan tentunya ia mendapat kelulusan daripada Majlis Fatwa Selangor.

"Oleh itu, sepatutnya tidak ada isu berbangkit, tetapi kita faham dari segi sensitiviti dan juga keresahan yang ditimbulkan oleh waris," katanya kepada media di Majlis Sambutan Aidilfitri ECRL di sini, hari ini.

Darwis berkata, pihaknya begitu mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua pihak bagi membolehkan proses pembinaan digerakkan seperti dirancang.

"Syarikat sudah menerima arahan untuk menangguhkan proses pembinaan sementara waktu sehingga 17 Mei ini dan kita harapkan kerjasama yang baik daripada semua pihak bagi membolehkan syarikat menggerakkan proses pembinaan ini dalam masa terdekat.

"Malah, sebelum ini kita sudah mendapat persetujuan daripada kebanyakan waris yang terbabit cumanya kita meraikan dan menghargai keresahan yang ditimbulkan oleh waris," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan sebahagian waris kubur Tanah Perkuburan Selat Klang di sini, mendakwa tidak dimaklumkan berhubung pemindahan tapak tanah perkuburan berkenaan bagi memberi laluan projek ECRL.

Mereka turut kecewa apabila tidak dipanggil untuk sesi libat urus dan perbincangan dilakukan bersama keluarga waris dilakukan pihak berwajib bagi memaklumkan penggalian dan pemindahan semula kubur berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... esai-hujung-mei-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.052401 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list