CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1337|Reply: 0

PKBM sasar Azizulhasni raih emas di Olimpik Paris

[Copy link]
Post time 5-5-2024 05:43 PM | Show all posts |Read mode

Azizulhasni menjadi sandaran PKBM untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Julai ini.

KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) membuat keputusan berani apabila mensasarkan pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini sekali gus menjadi persatuan sukan kebangsaan pertama mengumumkan sasaran pingat.

Sasaran itu sekali gus seiring dengan impian jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang sebelum ini terlebih dahulu menyatakan hasratnya untuk mengakhiri penyertaan di temasya berkenaan dengan kilauan emas.

Timbalan Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, sasaran berkenaan adalah berdasarkan aspirasi disuarakan Azizulhasni yang sebelum ini pernah memenangi gangsa di Rio 2016 dan perak di Tokyo 2020.

"Saya rasa kita semua tahu aspirasi Azizulhasni untuk Sukan Olimpik Paris. Baru-baru ini, beliau mengatakan bahawa semua orang tahu apa yang beliau mahukan di Paris nanti. Beliau sudah memenangi gangsa di Rio, kemudian perak di Tokyo... jadi satu-satunya yang belum diraih adalah emas.


"Saya sudah berbincang dengan jurulatih, John Beasley dan berdasarkan aspirasi Azizulhasni sendiri, PKBM menyasarkan satu emas dalam sukan basikal trek di Sukan Olimpik Paris," kata Amarjit selepas majlis ramah mesra bersama media, hari ini.

Mengulas lanjut, Amarjit berkata sasaran itu dilihat realistik apatah lagi Azizulhasni pada masa ini berada dalam kondisi yang baik dan sasaran itu akan dibentangkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat.

"Seperti apa yang berlaku di Tokyo, ia adalah percaturan luar biasa daripada Jason (Kenny) (Britain) sehingga membuka ruang besar antara pelumba lain dan teknik dimainkan itu menyebabkan kita terlepas emas.

"Apapun semuanya bergantung pada hari pertandingan sebenar nanti. Harap beliau akan berada dalam keadaan yang baik, tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini seperti pelanggaran dan sebagainya ketika perlumbaan nanti," katanya.

Selain Azizulhasni turut berada dalam skuad berbasikal trek ke Paris 2024 adalah Muhammad Shah Firdaus dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.
https://www.bharian.com.my/sukan ... as-di-olimpik-paris
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.234082 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list