View: 6894|Reply: 17
|
[Tempatan]
KPDN serbu kedai jual produk makanan tertera ungkapan 'No Palm Oil'
[Copy link]
|
|
KPDN serbu kedai jual produk makanan tertera ungkapan 'No Palm Oil'
https://www.malaysiakini.com/news/704315
Bernama
Diterbitkan: May 3, 2024 8:56 AM⋅
Dikemaskini: 7:56 AM
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah kedai serbaneka di Presint 3 di Putrajaya semalam kerana disyaki menjual produk makanan tertera perkataan "No Palm Oil" (NPO) atau "Tiada Minyak Sawit" pada plastik pembungkusan produk itu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata serbuan yang bermula 11.45 pagi itu ialah berdasarkan aduan awam yang diterima KPDN dan hasil pemeriksaan, pasukan serbuan telah menemukan produk aiskrim pelbagai perisa yang mempunyai pernyataan NPO.
“Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
“Kes ini akan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan Atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jika sabit kesalahan, pihak berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.
Menurut Armizan, berdasarkan statistik penguatkuasaan bermula 15 Mac 2022 hingga 2 Mei 2024 di bawah perundangan itu, sebanyak 5,057 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara terhadap premis pelbagai peringkat rantaian pengedaran dan daripada jumlah itu, KPDN mendapati terdapat empat kes.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana syarikat pengimport, pengedar, penjual dan pihak berkaitan yang menjual produk diimport dari luar negara yang tidak mematuhi perundangan berkaitan,” katanya.
Armizan berkata jenis kesalahan meliputi pernyataan berbentuk ungkapan atau petunjuk yang mungkin mendiskriminasi atau memboikot apa-apa keluaran atau barang-barang yang melibatkan komoditi utama negara iaitu minyak kelapa sawit.
- Bernama
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Banyakkkkkk gila brands yang terang2 tulis no palm oil...
Especially kat europe sinun.. amek contoh ovomaltine ni. Byk jual dekat cold storage, village grocer etc
Yang terang2 support koko malaysia & terang2 pakai palm oil malaysia is Nutella, ferrero rocher etc tu je.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
last week aku ada tgk buletin utama, cerita pasal datuk Johari menteri perladangan dan komoditi pergi luar negara, ada sidang komoditi / palm oil la kot
itu dia bgtau kt press yg badan antarabangsa ni ( dah tentu la geng2 european / USA ) dah menetap kan bhw palm oil ni perlu mematuhi bberapa standard, antara yg aku igt
1.ladang 2 palm oil harus la tidak melibat kan deforestration , maksud nya buka ladang baru tak boleh musnah kan hutan
2. pekerja 2 ladang / labour tidak boleh menggunakan force labour atau buruh paksa dan pekerja harus di berikan layanan yg baik ( erm selama ni tak di layan dgn baik ke?)
orang2 barat ni ada je hal nak cari pasal dgn negara2 dunia kecil ni
igt tak time pkp masa tu malaysia ada kilang top glove, tetiba kapal bawak barang top glove kena tahan dgn USA sebab katanya melanggar bbrapa syarat2 perdagangan antarabangsa
yg aku igt
1. dituduh menggunakan buruh paksa
2. di tuduh menjalinkan perniagaan dgn Russia , Brazil dan CHina , jadi America tak suka, atau cemburu..
tak silap masa kapal bawa barang topglove kena tahan dgn penguatkuasa USA< harga saham dia drop, tak silap bbrapa hari @ minggu suspended..
mcm
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 3-5-2024 11:05 AM
green~tea replied at 3-5-2024 09:13 AM
Banyakkkkkk gila brands yang terang2 tulis no palm oil...
Especially kat europe sinun.. amek conto ...
Betul ke no palm oil entah guna Palm Oil
Percaya sangat Europe yg psiko tu
Dulu meols selalu tengok video Kak Light KM kat youtube tu...
Bila dia ceriat suami dia yang france tu boikot Oil Palm...terus dgn video video dia meols dah tak tengok dah.
Harap kak KM baca post meols ni ye...tegur sikit suami tu. Nak boikot, boikot minyak sawit Sabah dan Indonesia. Dan musang king Pahang.
Jangan boikot minyak Sawit Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 3-5-2024 11:12 AM
salimrock replied at 3-5-2024 11:00 AM
last week aku ada tgk buletin utama, cerita pasal datuk Johari menteri perladangan dan komoditi pe ...
Yang kes Top Glove tu memang betul pun...tempat tido dan memasak campur sekali.
Sebab tu sekarang JTK dah ketatkan syarat rumah pekerja mesti ada Sijil Layak Duduk, Permit Bomba, Permit Bangunan, CCC dsbgnye. Dah lulus kuota baru boleh ambil pekerja asing.
Yang naye orang kampung yg gunakan pekerja asing macam meols ni la. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan setakat kena denda dan penjara kalau boleh rotan dengan pelepah sawit yg ada duri tu kat ponggong CEO dan pengimport tu. Sambil suruh dia bekerja kait buah Kelapa Sawit dengan gaji RM1 sehari. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm hari tu masa perang rusia ukraine baru start depa shortage soy based oil boleh lah pulak bagi exception pada palm oil… lahabau depa2 ni.. cakap tak serupa bikin bila terdesak, prinsip ke laut jugak bila cornered.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada 1 kali aku tgk iklan anti palm oil barat
diorang letak gambar orang utan, pastu letak caption konon2 hutan@ habitat orang utan di musnah kan utk membuka ladang palm oil...
jd kokesen2 ni akan simpati pada orang utan
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman mahathir jd pm kali kedua 2018, ada 1 issue malaysia and india,
india kena serang dgn geng2 rebels dr pakistan, india tuduh pakistan lindungi pengganas
masuk tribunal antarabangsa
india kalo dpt byk sokongan dari negara2 jd pakistan akan kena sanction nasib dia sama la cam NK, cuba , Russia ,atau negara2 sanction lain, mahathir mennyebelahi pakistan, bengang tul india, tu diorang balas dendam dgn tidak membeli palm oil malaysia,
sebab tu la masa tu menteri suruh rakyat malaysia minum minyak sawit utk kesihatan tu, red palm oil ke apa...
tp sementara je, lepas tu ok dah, malaysia and india dan berdagang semula.. kita kan byk kali tukar PM ..
|
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 3-5-2024 11:24 AM
zaman mahathir jd pm kali kedua 2018, ada 1 issue malaysia and india,
india kena serang dgn geng ...
India beli minyak Sawit dari Indonesia.
Market Malaysia biasanya Belanda dan China. |
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 3-5-2024 11:15 AM
Hmm hari tu masa perang rusia ukraine baru start depa shortage soy based oil boleh lah pulak bagi ex ...
Terdesak...entah betul declare No Palm Oil ye ke tak.
Curious sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe di sebalik pack yg ditampal sticker selalunya adalah tertera NPO.. tapi dah ditampal dgn sticker, xdelah kena tindakan kan |
|
|
|
|
|
|
|
Mestilaj support palm oil pakai kat rumah
Belah2 south asia byk guna corn oil, soybean oil even for deep fry
Tak berapa kena dgn selera i huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 3-5-2024 02:17 PM
salimrock replied at 3-5-2024 11:00 AM
last week aku ada tgk buletin utama, cerita pasal datuk Johari menteri perladangan dan komoditi pe ...
Mmg viral pun kes topglove tu... video keadaan dlm asrama
Palm oil sebenarnya paling sikit musnahkan hutan banding rapeseed oil dll based on yield per hectare |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nilai rampasan 900 denda 250k + jail 5 yrs? Xberbaloi |
|
|
|
|
|
|
|
betapa orang barat cemburu dan iri hati dgn kejayaan orang asia / orang islam
betul la tu, paling kurang kemusnahan hutan... tp mereka selalu mengembar gembur kan bahawa sawit byk kesan negatif, musnah hutan la, kolestrol tinggi la dsbnya padahal minyak soya, minyak jagung lg tinggi kolestrol..
omputeh ni, mmg kalo boleh nak komoditi / produk dia je yg laku, sebab tu diorang cuba create komoditi baru atau memberi gambaran produk2 keluaran mereka adalah yg terbaik, cth susu soya, protein whey, milo, emping jagung utk sarapan pagi dsbnya...
semua tu process food tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa tujuan undang2 ni?
Lawan la balik buat sticker 'No Sunflower/No Corn Oil' pada produk keluaran Malaysia. Tengok kena saman ka tak kat US, EU.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|