CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4526|Reply: 0

[Sarawak] Tayar penghadang di litar go-kart Permyjaya terbakar

[Copy link]
Post time 30-4-2024 01:06 PM | Show all posts |Read mode


Asap hitam tebal menyelubungi ruang udara semasa kebakaran tayar penghadang trek di litar go-kart terbabit.

MIRI: Tayar penghadang trek di litar go-kart Permyjaya musnah dalam kebakaran yang berlaku hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran terbabit kira-kira jam 1.24 tengah hari.

“Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar 11 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan tayar penghadang trek go-kart,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Susulan itu, pasukan bomba terus menjalankan operasi pemadaman api menggunakan satu aliran 300 kaki, satu breaching, dua nozel dan air dari pili ke pam jentera.

“Api dapat dikawal kira-kira jam 1.50 petang dan kerja-kerja penilaian dijalankan bagi memastikan tiada lagi sebarang punca api dan kemungkinan berlaku kebakaran,” ujarnya.

Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, operasi ditamatkan jam 3.36 petang.

Terdahulu, kebakaran tersebut turut menggemparkan penduduk setempat apabila melihat kepulan asap hitam tebal menyelubungi ruang udara di sekitar kawasan terbabit.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.044407 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list