CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4534|Reply: 0

[Sarawak] Wanita PBB Machan anjur kursus buat selendang sulam moden

[Copy link]
Post time 30-4-2024 01:05 PM | Show all posts |Read mode


Para peserta program merakam gambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan.

KANOWIT: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Cawangan Machan telah mengadakan kursus membuat selendang sulam moden yang bertujuan untuk memberi kemahiran baharu kepada wanita di kawasan tersebut.

Program itu diadakan di Rumah Untol, Jalan Menalun Sungai Poi, di sini dan mendapat sambutan menggalakkan dari Pergerakan Wanita PBB Ranting Ulu Poi dan Ranting Lepung Poi.

Kursus tersebut diketuai oleh Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan Datin Sri Dato Catherine Gramong bersama barisan exconya.

Catherine berkata dalam usaha untuk memperluaskan manfaat program itu, beberapa ahli Ranting PBB di Cawangan Machan turut dijemput mengambil bahagian termasuk Ranting PBB Ranan dan Ranting PBB Maong di Jalan Kanowit-Durin.

Jelasnya, tujuan utama program ini bukan hanya untuk mengajar kemahiran sulaman, tetapi juga untuk memberi wanita-wanita tempatan ilmu kraftangan.

"Selain itu, program ini dapat membantu menambah pendapatan mereka nanti," katanya semasa berucap pada majlis itu, baru-baru ini.

Ketua Ranting Ulu Poi TR Anie Melaka turut merakam penghargaan kepada Catherine atas sokongan dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan program tersebut.

Katanya, beliau percaya bahawa program itu tidak hanya akan memberi manfaat kepada peserta, tetapi juga memberi kesan positif kepada komuniti secara keseluruhan.

Selain itu, beliau berpendapat penganjuran program seumpama itu bukan sahaja mengangkat kemahiran seni wanita di Kanowit tetapi juga mewujudkan peluang ekonomi yang baharu untuk mereka.

“Dengan sokongan yang kukuh dari pihak berwajib dan masyarakat setempat, harapan akan terus berkembang bagi kemajuan wanita-wanita di Sarawak secara keseluruhannya,” kata beliau.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.067267 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list