CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24680|Reply: 241

[Tempatan] EDISI ANTI-VAKS TEPUK GEMBIRA - AstraZeneca akui vaksinnya ada kesan sampingan dalam dokumen mahkamah

  [Copy link]
Post time 29-4-2024 09:27 PM | Show all posts |Read mode


LONDON: Firma Farmaseutikal AstraZeneca (AZ) buat kali pertama mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin COVID-19 mereka boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku.
Pengakuan itu secara langsung boleh membuka jalan untuk pampasan undang-undang bernilai jutaan pound, dengan 51 kes dikemukakan di Mahkamah Tinggi setakat ini, menuntut ganti rugi dianggarkan bernilai sehingga £100 juta (RM512 juta).

Gergasi farmaseutikal itu menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan mereka bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.
Peguam berhujah bahawa vaksin Itu menghasilkan kesan sampingan yang memberi kesan buruk kepada sebilangan kecil individu.
Kes pertama tahun lalu difailkan oleh Jamie Scott, bapa kepada dua anak, yang mengalami kecederaan otak kekal selepas dirinya mengalami pembekuan darah dan pendarahan di otak yang menghalangnya daripada bekerja, selepas disuntik vaksin itu pada April 2021.


Tahapnya amat kritikan sehingga pihak hospital menghubungi isterinya tiga kali secara berasingan untuk memberitahu lelaki itu akan meninggal dunia.

AZ membantah tuntutan itu tetapi dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada Februari, ia membuat beberapa pengakuan.
Antaranya, ia menyatakan vaksin COVID-19 buatannya 'boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS atau 'Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome' iaitu pembekuan darah dan kiraan platelet darah menjadi rendah.
Pengakuan AZ itu - dibuat dalam pembelaan undang-undang terhadap tuntutan Mahkamah Tinggi oleh Scott - selepas perbalahan undang-undang yang sengit.
Ia boleh menyebabkan pemberian pampasan jika firma terbabit mengakui vaksin itu menyebabkan penyakit serius dan kematian dalam kes tertentu, malah kerajaan juga berjanji untuk membiayai kos tindakan perundangan terhadap AZ.
Dalam surat jawapan yang dihantar pada Mei 2023, AZ memberitahu peguam Scott: "Kami tidak menerima bahawa TTS disebabkan oleh vaksin pada peringkat generik".
Namun, dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada Februari lalu, AZ berkata: "Memang diakui bahawa vaksin AZ boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS. Mekanisme penyebab tidak diketahui.
"TTS juga boleh berlaku jika tiada vaksin AZ (atau mana-mana vaksin). Penyebab dalam mana-mana kes individu hanya boleh ditentukan melalui pembuktian pakar," katanya.
Saintis mula mengaitkan antara vaksin dan penyakit baru dikenali sebagai 'immune thrombocytopenia and thrombosis (VITT)' berpunca daripada pengambilan vaksin seawal Mac 2021, sejurus selepas vaksin COVID-19 mula diedarkan.
Isteri Scott, Kate, memberitahu akhbar Telegraph bahawa dunia perubatan sudah lama mengakui bahawa VITT disebabkan oleh vaksin. Hanya AZ yang mempersoalkan sama ada keadaan Jamie disebabkan oleh suntikan itu.
"Ia mengambil masa tiga tahun untuk hasil ini (tuntutan mahkamah). Ia adalah kemajuan, tetapi kami ingin melihat lebih banyak daripada mereka dan kerajaan. Sudah tiba masanya untuk perkara ini bergerak lebih cepat.
"Saya harap melalui penerimaan mereka itu, bermakna kita dapat menyelesaikan masalah ini lebih awal.
"Kami memerlukan permohonan maaf, pampasan yang adil untuk keluarga kami dan keluarga lain yang telah terjejas. Kami mempunyai kebenaran di pihak kami dan kami tidak akan berputus asa," katanya.
Sarah Moore, rakan kongsi di firma undang-undang Leigh Day, yang membawa tuntutan undang-undang itu pula berkata AZ mengambil masa setahun untuk mengakui secara rasmi bahawa vaksin mereka boleh menyebabkan pembekuan darah, selepas fakta ini diterima secara meluas oleh komuniti klinikal sejak akhir 2021.
Dalam satu kenyataan, AZ berkata pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan mempunyai masalah kesihatan.
"Keselamatan pesakit adalah keutamaan kami yang tertinggi dan pihak berkuasa kawal selia mempunyai piawaian yang jelas lagi ketat untuk memastikan penggunaan selamat semua ubat, termasuk vaksin.
"Malah, kajian bebas menunjukkan vaksin AZ sangat berkesan dalam menangani wabak itu, seterusnya menyelamatkan lebih enam juta nyawa di seluruh dunia pada tahun pertama ia dilancarkan," katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, vaksin itu 'selamat dan berkesan untuk semua individu berumur 18 tahun ke atas' dan kesan buruk yang kini menyaksikan tindakan undang-undang adalah 'sangat jarang berlaku'.
Vaksin yang sebelum ini digembar-gemburkan oleh Boris Johnson, sebagai 'kejayaan untuk sains British' sewaktu pelancarannya, kini tidak lagi digunakan di United Kingdom (UK).
Saintis pada mulanya mengesan kesan sampingan yang berpotensi serius daripada suntikan, dalam beberapa bulan selepas pelancaran vaksin itu .
Kemudian, mereka bawah 40-an disyorkan diberi suntikan alternatif kerana risiko pengambilan vaksin AZ adalah melebihi bahaya yang ditimbulkan oleh COVID-19.
Peguam mewakili keluarga yang menyaman syarikat farmaseutikal itu berhujah menyatakan, vaksin itu tidak selamat seperti yang diharapkan oleh individu.
Mereka menyaman firma itu, yang berpangkalan di Cambridge, itu di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1987.
Angka rasmi dari Agensi Pengawalseliaan Produk Ubat dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) menunjukkan sekurang-kurangnya 81 kematian di UK disyaki mempunyai kaitan dengan tindak balas negatif yang menyebabkan pembekuan darah pada orang yang mempunyai kiraan platelet darah rendah.
Menurut data MHRA lagi, secara keseluruhan, hampir satu daripada lima orang yang mengalami keadaan itu meninggal dunia akibat kesannya.
Kerajaan UK menjalankan skim pampasan vaksinnya yang tersendiri tetapi mangsa mendakwa bayaran sekali gus iaitu sebanyak £120,000 (RM614,359) tidak mencukupi.
Angka yang diperoleh di bawah desakan Kebebasan Maklumat itu juga menunjukkan, daripada 163 pembayaran yang dibuat oleh kerajaan menjelang Februari tahun ini, sekurang-kurangnya kepada 158 orang adalah penerima suntikan vaksin AZ.
Skim Bayaran Kerosakan Vaksin memberi pampasan kepada mereka yang terkesan akibat vaksin atau kepada waris yang kehilangan orang tersayang. Kurang daripada lima orang di bawah skim itu menerima vaksin selain daripada AZ.
AZ sebelum ini berhujah dalam di mahkamah bahawa tuntutan terhadap syarikat itu 'mengelirukan' dan 'salah di sisi undang-undang'.
Dalam dokumen pembelaan yang difailkan, AZ berkata, profil manfaat/risiko vaksin itu adalah kekal/positif.
AZ ialah syarikat senarai awam kedua terbesar di UK, dengan modal pasaran melebihi £170 bilion (RM870 bilion). - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu acik Blastoff.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 09:33 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 11:28 PM | Show all posts
Clan Prfftzer vs Clan cucuk my azz
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya jual je kt sini x pyh kt tempat lain, sblm cucok rakyat awai2 dh sign disclaimer......yg dh expired pun blh extend lg
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Hadir geng2 AZ yg berebut2 kt dlm website nk booked slot sbb x nk sinovac ari tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2024 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kwn aku dah 4 jap pfizer...haritu operate pelik2 je penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 30-4-2024 12:51 AM

Ritrud dan lanadung tersenyum sinis.
Yy ko berambuslah dgn baran ko. Scam sana sini. Dasar loyar buruk. Sekolah berapa baris je pun.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
AZ mmg dari awal kontrobersi boleh bekukan darah kan? Pfizer i mmg xberani sbb teknologi baru (mrna)
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 30-4-2024 12:57 AM
AZ mmg dari awal kontrobersi boleh bekukan darah kan? Pfizer i mmg xberani sbb teknologi baru (mrna) ...

I cucuk my AZ ni la sebab PV dekat rumah I offer AZ ni. Dah 2 orang kawan I yang cuck AZ meninggal tahun ni. Sorang meninggal end of February sebab brain aneurysm. Sorang lagi meninggal 26 March ari tu, sebab stroke on the brain that lead to severe internal bleeding. Both in their 40s, fit, rajin bersukan, tak obese, tetiba je rebah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Momohizan replied at 30-4-2024 01:19 AM
I cucuk my AZ ni la sebab PV dekat rumah I offer AZ ni. Dah 2 orang kawan I yang cuck AZ meninggal ...

Adakah kita tggu masa je? so plg selamat is sinovac? Tbh i xsalahkan vaksin 100%. Masa tu desperate sgt perlu vaksin. Covid death is real! Bkn smua org nk jaga jarak, ramai degil xnk duduk dlm rumah. U ambil 2 dose ke 3 dose?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama dah kitorang cakap. Tapi diperolok-olokkan oleh kalian. "It's benefit outweigh the risk" my ass.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 08:45 AM | Show all posts
itu kat negara luar je.
negara kita mana ada kes kesan sampingan semua ni.
kalau ada mesti masuk berita
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Antivax check in

Alhamdulillah masih antivax
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 08:56 AM | Show all posts
Momohizan replied at 30-4-2024 01:19 AM
I cucuk my AZ ni la sebab PV dekat rumah I offer AZ ni. Dah 2 orang kawan I yang cuck AZ meninggal ...

alamak, meols 3 dose AZ..apa2 pun ajal maut ketentuanNya...semua tu jadi penyebab jer..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 09:02 AM | Show all posts
anony-mous replied at 30-4-2024 02:33 AM
Adakah kita tggu masa je?  so plg selamat is sinovac? Tbh i xsalahkan vaksin 100%. Masa tu desp ...

semua pun 'terpaksa' uolsss...

lagi2 yang bekerja...contoh mcm kwn meol keja glc terpaling ..... semua pekerja kena vaksin kalau x  bakal di ambil tindakan (maybe kena buang kot)


kalau uols mcm ritrud or acik lana hidong hidup santai2 ja tak perlu kerja as per mcm orang marhaen yg kena kerja then bleh ja tolak vaksinnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2024 09:30 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 30-4-2024 12:06 AM
Hadir geng2 AZ yg berebut2 kt dlm website nk booked slot sbb x nk sinovac ari tu

kita sama yachh berebut2..nasib baik dapat slot tapi meols yang 2nd batchla..so tak nampak caprut sangat
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 30-4-2024 09:50 AM
hyie replied at 30-4-2024 09:30 AM
kita sama yachh  berebut2..nasib baik dapat slot  tapi meols yang 2nd batchla..so tak na ...


Haha....iols guna pc office ye sbb nk kelajuan plg pantas nk msk website
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 09:59 AM | Show all posts
kat malaysia semua boleh dikatakan 'dipaksa' atau bersedia ditamatkan perkhidmatan. apa yg kita majoriti boleh buat???
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 10:03 AM | Show all posts
Tanpa vaksin covid.. mungkin kita masih dalam pkp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.484891 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list