CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2724|Reply: 0

[Terengganu] Kerajaan Terengganu timbang laksana hukuman sebat pesalah syariah di tempat awam

[Copy link]
Post time 29-4-2024 04:28 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Khalil Abdul Hadi (tiga kiri) diiringi Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd (kanan) menyampaikan bantuan kepada penerima di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak ramai atau tempat awam seperti kawasan masjid.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, terdapat beberapa prosedur tertentu yang perlu diteliti sebelum pelaksanaannya.

Beliau berkata, ketika ini, ia tertakluk kepada enakmen sedia ada dan sebarang penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa dalam usaha memperkasakan pelaksanaan undang-undang syariah Islam di Terengganu.

"Ia dalam proses dan kita akan tengok dari semasa ke semasa (dan) buat masa sekarang ini, ia (hukuman sebat) akan dilaksanakan di tempat yang tertutup (iaitu) di dalam penjara.


"Sebenarnya kalau kita tengok daripada semangat atau roh hukuman ke atas orang yang melakukan jenayah dalam undang-undang jenayah syariah Islam ini, ia mesti dilaksanakan di khalayak ramai cuma di khalayak ramai itu adalah subjektif.

"Adakah khalayak ramai itu di tengah kawasan umum macam pasar atau masjid atau apa-apa saja (dan sebenarnya) kalau dilaksanakan dalam penjara sendiri pun sebenarnya (ia) disaksikan oleh khalayak yang tertentu juga.

"Jadi, di atas dasar itu kita laksanakan dulu apa yang telah tersedia ada, ada pun untuk kita penambahbaikan, kita akan lihat dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) Siri 1 Tahun 2024 di JKST di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 16 orang menerima bantuan pendahuluan nafkah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berjumlah RM27,000.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, peruntukan sedia ada memberi kuasa kepada hakim untuk menentukan tempat pelaksanaan hukuman sebat.

Katanya, berdasarkan enakmen sedia ada, hukuman akan dilaksanakan pihak penjara.

"Buat masa ini, apabila hakim tidak menyebut di mana pesalah itu disebat, secara automatiknya pesalah itu akan disebat di dalam penjara sehingga diperintah sebaliknya (dibuat) oleh hakim," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-syariah-di-tempat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.070491 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list