View: 3317|Reply: 0
|
FFP sah dilaksanakan musim ini
[Copy link]
|
|
MFL umum FFP akan dilaksanakan mulai musim ini.
KUALA LUMPUR: Selepas Program Kawalan Ekonomi pada 2020, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan 'Financial Fair Play' (FFP) pula akan dilaksanakan dalam saingan Liga Malaysia 2024/25.
Badan pengendali liga itu menjelaskan, kajian mendalam sudah dilakukan oleh Unit Pelesenan Kelab MFL bagi menyesuaikan FFP dengan ekosistem bola sepak tanah air serta merujuk FFP kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Susulan itu, sistem yang disesuaikan untuk keperluan Liga Malaysia (Liga M) bagi pelaksanaan FFP itu sudah dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL menerusi mesyuarat yang diadakan pada 6 Mac 2024.
"Tahun pertama FFP dalam Liga M dilihat sebagai tahun pengenalan untuk memantau pembayaran gaji pemain dan pegawai yang menjadi isu utama dihadapi dalam liga serta meningkatkan tanggungjawab kelab dalam memastikan kestabilan kewangan yang kukuh.
"Selepas proses penyerahan dokumentasi dan prosedur pemantauan yang dilaksanakan disesuaikan oleh kelab Liga M, mulai tahun kedua dan seterusnya, MFL akan terus memantau dan melaksanakan peraturan pendapatan serta perbelanjaan berhemat untuk memastikan kemampanan jangka panjang pasukan," kata MFL dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebagai rekod, MFL selesai menganjurkan sesi pertama taklimat FFP menerusi dalam talian dengan semua kelab pada 25 April lalu dan berkongsi keperluan FFP untuk musim 2024-2025.
Berikutan sesi ini, bengkel fizikal selanjutnya akan dianjurkan dalam masa terdekat untuk membincangkan peraturan FFP baharu yang akan dilaksanakan untuk musim 2025-2026.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam sudah menjelaskan bahawa pelaksanaan FFP dalam konteks Liga Malaysia (Liga M) berbeza dengan pendekatan FFP yang sudah diguna pakai di liga terkemuka dunia.
https://www.bharian.com.my/sukan ... aksanakan-musim-ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|