CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9655|Reply: 0

[Tempatan] Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggarkan​

[Copy link]
Post time 29-4-2024 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggarkan​Oleh BERNAMA
April 29, 2024 @ 1:43am



Sebahagian daripada 44 e-skuter dirampas menerusi operasi khas terhadap dua premis Georgetown yang menawarkan khidmat sewaan kenderaan mikromobiliti e-skuter tanpa lesen sah pada 6 Mac lalu. - Foto MBPP

OSAKA: Purata kemalangan bulanan melibatkan skuter elektrik meningkat enam kali ganda di Jepun selepas negara ini membenarkan pengguna menunggangnya tanpa lesen memandu sejak Julai 2023, menurut data daripada Agensi Polis Nasional.

Pakar lalu lintas telah memberi amaran risiko kemalangan maut dengan peningkatan pengguna skuter ini dan kesedaran awam mengenai peraturan lalu lintas berkaitan bentuk pengangkutan baharu ini adalah rendah, lapor agensi berita Kyodo.

Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.

Ini hampir menyamai jumlah kemalangan dicatatkan dalam tiga tahun dan lima bulan sejak data perbandingan diperoleh pada Januari 2020 yang merekodkan 88 kemalangan dan 91 kecederaan.

Di bawah undang-undang lalu lintas yang disemak semula, pengguna skuter elektrik dengan kelajuan maksimum 20 kilometer sejam (kmj) tidak memerlukan lesen memandu tetapi remaja bawah umur 16 tahun dilarang daripada menunggangnya.

Di bawah undang-undang baharu skuter elektrik itu yang diklasifikasikan sebagai basikal bermotor kecil mestilah berukuran 190 sentimeter (sm) atau kurang dari segi panjang dan lebarnya 60sm atau kurang dengan lampu hijau di depan dan belakang.

Ia digunakan di jalan raya tetapi boleh juga digunakan di kaki lima jalan dengan kelajuan enam kmj atau kurang dengan lampu hijau yang berkelip-kelip.

Sebelum ini, skuter elektrik diklasifikasikan sama sebagai moped dengan saiz enjin 50 sm padu dan penunggang perlu memiliki lesen memandu, memakai topi keledar dan kenderaan mereka didaftarkan serta dipasang plat lesen. – BERNAMA-KYODO

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1240426/nahas-skuter-elektrik-meningkat-di-jepun-selepas-peraturan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.052933 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list