|
PETALING JAYA – MIDF mengambil serius atas insiden serangan siber yang berlaku baru-baru ini dan akan mempertingkatkan usaha untuk meningkatkan lagi aspek keselamatan, privasi dan maklumat pelanggan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pihaknya telah mengasingkan insiden tersebut dan mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya untuk meminimumkan impak potensinya termasuk mengumumkan kepada pelanggan yang terjejas.
“Sebagai tambahan, kami juga telah meningkatkan lagi langkah-langkah keselamatan untuk mengekang perkara seumpama itu berlaku lagi pada masa depan.
Apa yang penting kini, tiada sebarang gangguan utama berlaku kesan daripada kesan serangan tersebut.
“Kami terus kekal fokus dalam mengukuhkan rangka kerja keselamatan data, sistem polisi dan juga pemprosesannya.
“Kami menasihati agar para pelanggan kekal agar terus berwaspada dan melaksanakan usaha wajar dalam usaha melindungi maklumat peribadi.
“Sila berhati-hati apabila anda didekati dengan sumber yang tidak dikenali termasuk pautan komunikasi pancingan data yang mencurigakan.
“Keselamatan anda adalah keutamaan kami dan kami berterima kasih atas kesetiaan dan keyakinan anda kepada kami,” jelas MIDF. -KOSMO! ONLINE |
|