CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 863|Reply: 0

[Jenayah] Guru MRSM didakwa terbabit pedofillia: 14 individu sudah diambil keterangan

[Copy link]
Post time 28-4-2024 10:40 AM | Show all posts |Read mode
GUA MUSANG: Polis sudah memanggil 14 individu bagi mengambil keterangan berhubung kes membabitkan seorang guru yang didakwa melakukan pedofilia di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Tumpat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya sudah mengenal pasti penulis terbabit dan kini sedang menunggu laporan perubatan ke atas mangsa.

"Kita sudah ambil kenyataan 14 orang termasuk pelajar. Mana-mana yang kita rasa boleh memberikan kenyataan, memberikan sesuatu kepada kita untuk meneruskan siasatan.

"Kita juga sudah mengenal pasti penulis itu dan masih menunggu laporan perubatannya kerana dia pernah belajar di situ dan mungkin ada sebab lain menyebabkan penulisan itu dibuat.

"Apa pun kita akan pastikan untuk mendapatkan pandangan daripada doktor dan kita akan hantar kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya untuk mendapat nasihat dan akan teruskan siasatan," katanya selepas Sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini, semalam.

Pada 30 Mac lalu, media melaporkan Polis Kelantan memulakan siasatan terhadap kes yang membabitkan seorang guru yang didakwa melakukan pedofilia di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Tumpat.

Muhamad Zaki ditemui pada majlis Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini, semalam. - Foto Paya Linda Yahya



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.599088 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list