View: 2723|Reply: 8
|
[Jenayah]
Lelaki ditahan menyamar juruterbang Singapore Airlines di lapangan terbang Delhi
[Copy link]
|
|
SINGAPURA: Polis India semalam menahan seorang lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi kerana menyamar sebagai juruterbang Singapore Airlines, selepas dia ditemui berjalan di sekitar lapangan terbang dengan berpakaian lengkap juruterbang.
The Straits Times melaporkan, Sangeet Singh, 24, dikesan memakai pakaian seragam juruterbang tentera laut dan mempunyai kad pengenalan (ID) Singapore Airlines palsu di lehernya yang memberinya akses kepada operasi dalam penerbangan.
Selepas disoal siasat dan diperiksa oleh pegawai dari Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat, ID Singh didapati palsu.
Dia membuat ID palsu menerusi aplikasi dalam talian, Business Card Maker dan membeli pakaian seragam itu daripada Pilot 18, sebuah kedai aksesori penerbangan di Delhi, lapor Press Trust India, memetik seorang pegawai polis.
Lelaki itu menipu keluarganya dengan mengatakan dia bekerja di Singapore Airlines sebagai juruterbang.
Siasatan mendedahkan Singh menamatkan kursus hospitaliti penerbangan selama setahun pada 2020 di sebuah institusi di Mumbai.
Berasal dari wilayah utara, Uttar Pradesh, Singh didakwa atas tuduhan menipu dan pemalsuan di bawah kanun keseksaan India dan siasatan sedang dijalankan, menurut polis tempatan.
"Sangat gembira dia ditahan," ciap Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke India, Simon Wong di X, turut disertai gambar Singh.
Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi adalah salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia, mengendalikan kira-kira 72 juta penumpang pada 2023.
Sebaliknya, Lapangan Terbang Changi Singapura mengendalikan kira-kira 58.9 juta penumpang pada 2023.
Singapore Airlines terbang setiap hari ke New Delhi, yang juga ibu negara India - AGENSI
Sangeet Singh menipu keluarganya dengan mengatakan dia bekerja di Singapore Airlines sebagai juruterbang. - Foto AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alahai…desperate bebeno ye smp nipu kuarga as pilot…sblm ni heol dah byk kali lepas ke smp kne tangkp tu? Dah kne tangkap pon heol masih gumbira ye..delulu ke hape ni..pakej dah ade jd pramugara pon boleh jeks…xpasal2 nama ada rekod buruk… |
|
|
|
|
|
|
|
Fefeeling leo di caprio dalam catch me if you can le tew |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai baju tentera laut, claim pilot sq kat international epot. Senang la kantoi |
|
|
|
|
|
|
|
Kat IG tu ramai bebeno pilot request follow. Mesti spesis mamat ni jugak. Pakai baju pilot 24/7. |
|
|
|
|
|
|
|
gmbr tu dia ke...bajet hensem pkai spek cenggitu ? puihh... |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat ni xbetul nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih kurang anggota PDRM berketurunan Melayu, kena buang dari PDRM tapi masih pakai uniform Polis. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian
leinkali bljr la elok2..xyah susah2 nak membongak |
|
|
|
|
|
|
| |
|