CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2293|Reply: 6

‘Saya Akan Bangkit Semula’ – Datuk Red Akhirnya Buka Mulut Selepas Bercerai, Kongsi Foto Termenung Di Mahkamah

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:40 PM | Show all posts |Read mode




Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red akhirnya memberikan kenyataan selepas sah bercerai talak satu pada Selasa.


Menerusi hantaran di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, 45, berkata dia akan bangkit semula demi meneruskan kehidupan selepas diuji dengan pelbagai ujian.






"Saya akan bangkit semula, doakan saya."


Dalam perkongsian sama, Datuk Red menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus memberikan kata-kata semangat untuknya.


"Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berikan kata-kata semangat untuk saya. Saya tidak akan mengalah."


Sementara itu, Datuk Red turut memuat naik foto memperlihatkan dia sedang duduk di atas kerusi sambil termenung ketika berada di luar mahkamah.


Terdahulu, Datuk Red yang ditemui sejurus selesai proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Rawang enggan memberi kenyataan kepada pengamal media.


Bapa kepada 11 cahaya mata itu kelihatan sugul dan hanya mengukir senyuman di bibir sebelum pergi meninggalkan perkarangan mahkamah.


Pada Selasa lalu, Adira dan Datuk Red sah bercerai talak satu selepas lafaz talak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi.


Sementara itu, Datuk Red ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.


Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.


Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.


Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.


Sumber: TikTok/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry, sekelumit pun aku tak kesian kat ko. Lagi aku meloya lagi ada. Ni salah satu manusia yg aku rasa nak buat party 7 hari 7 malam sbb dia dah sengkek busuk
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 04:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah adira out dari dia ni.tak kesian pun..dulu suka sebut najisss najiss najissss..
Sedih sbb bini artist dah xda kan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Niat tak betul. Mendapat lah. Sekejap je Allah tarik. Moga insofffff... Tanggung nafkah anak yg berderet tu sebelum niat nak kahwin.

https://beautifulnara.com/tag/dato-red-mahu-kahwin-empat-sebelum-40/
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 01:02 PM | Show all posts
cerai sebab tak nak insolvensi amik harta sepencarian
korang kena faham
same goes to datin red
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
So dua2 cerai ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Lakonan je tu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.452725 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list