CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4704|Reply: 21

“Korang Punya Masalah Kenapa ‘Petik’ Saya??” – Chacha Maembong Tuntut Ruhainies Bersihkan Imejnya Yang Tercalar

[Copy link]
Post time 25-4-2024 03:03 PM | Show all posts |Read mode






Pelakon Chacha Maembong semalam tampil mempertahankan diri setelah namanya menjadi tumpuan apabila muncul dalam perbualan hangat antara Aliff Aziz dan Ruhainies.


Perbualan yang didedahkan teman wanita Aliff, Sarah Yasmine itu mula mencuri perhatian netizen setelah tularnya kes khalwat antara aktor itu dengan Ruhainies sekitar bulan Mac yang lalu.


Ujar Chacha, dia terus menghantar mesej kepada Ruhainies bagi mendapatkan penjelasan kerana dia sama sekali tidak pernah masuk campur dalam isu berkaitan aktres itu dengan Aliff Aziz.


  



"Saya hantar mesej kepada Ruhainies dan bertanya kenapa petik nama saya sebab saya tidak masuk campur dalam urusan mereka."


"Saya tanya bila masa saya cakap Bella menangis dekat saya? Korang punya masalah kenapa petik nama saya?"


Dia juga turut menunjukkan bukti bahawa ada menghantar mesej kepada Ruhainies dan aktres itu didakwa mengelak daripada menjawab pertanyaan yang diajukan.


“Itu perbualan antara I dan Aliff, I tak tahu minah tu nak hacked telefon Aliff macam tu. You faham tak? Itu kan benda lama yang haritu kita jumpa, yang kita video call tu selepas cakap dengan Emma dan you tu” kata Ruhainies kepada Chacha.


Berikutan itu, Chacha meminta Ruhainies untuk membersihkan namanya kerana perkara yang tersebar adalah fitnah semata-mata.


"Saya hantar mesej dia lagi kata orang kecam saua, cakap nama saya bercakap fasal Bella tapi perkara itu tidak betul."


"Saya tidak boleh biarkan sahaja kerana saya tiada kena mengena dan tidak hubungi dia langsung. Saya minta dia bersihkan nama saya."


Namun begitu, Ruhainies dikatakan tidak membalas mesej tersebut dan cubaan untuk menghubunginya juga gagal.


“Apa yang saya tahu pun sebab baca di media sosial. Saya tak mahu ambil pusing” kata Chacha lagi.


SUMBER : Instagram/Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 04:54 PM | Show all posts
Memasing cuba melepaskan tengkuk setelah terkantoi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha.

Siol punya kawan tino begini. Masa ngumpat sama2 tu tak hengat pula.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish ish ish.. taktau nak caye sape dah. Masing2 nak drag org lain dlm kes. Nak meramaikan army ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pompuan mcm2 jenis dah keluar..hat laki diam tak berkutik..wat bodo jer..tersenyum bangga maybe tgk para wanita bercakaran kerana putik 2b..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke. Susah nak percaya. Masing2 nak selamatkan tengkuk sendiri. Takut hilang kerja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengelabah lalu... Minta maaf dah ar
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 10:30 PM | Show all posts
sbb tu aku tak suka nak bergosip dgn kkwn hatta sedara mara, terutamanya dlm whatsapp, or email or any msg platforms.....sbb nanti akan di fwd2 or di screenshot....jgn nak purcaya sgt so called kawan baik or sedara mara nehhhhhh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 25-4-2024 10:30 PM
sbb tu aku tak suka nak bergosip dgn kkwn hatta sedara mara, terutamanya dlm whatsapp, or email or a ...

Setuju noks
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok statement chacha ni boleh di percaya. Tgk kemut pun mcm nak elak dari chacha. Jahat giler kau jadi manusia la perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 25-4-2024 10:37 PM
Ok statement chacha ni boleh di percaya. Tgk kemut pun mcm nak elak dari chacha. Jahat giler kau jad ...

i pun rasa kemut reka cerita kat alep jahanam tu.. kengkonon rakan retis banyak yang sokong dia.. puiiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 25-4-2024 11:22 PM
i pun rasa kemut reka cerita kat alep jahanam tu.. kengkonon rakan retis banyak yang sokong dia..  ...

Ada lagi part yg kemut kata mak dia kata alip jawab nampak bijak. Siyesss la weh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 25-4-2024 10:37 PM
Ok statement chacha ni boleh di percaya. Tgk kemut pun mcm nak elak dari chacha. Jahat giler kau jad ...

Aku pun percaya ngan chacha.
Banyak benar karma is real si ruhainies ni kena, lepas satu, satu.
Habislah kwn2 artis pun akan jauhkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka ruhainies kt atas tu seriously awam sangat...camne blh jadi artis..harap putih je
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:33 AM | Show all posts
Aku percaya je cakap Chaca sebab voicenote Ruru tu kata tu statement i pada Aliff means dia tipu aliff la. pastu suruh abaikan je. Memang lidah bercabang. Aku rasa jahatnya Ruru secara terang nak caras To Red dulu dah tau suami rakan artis jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 12:02 PM | Show all posts
kalau bella betul nangis dekat dia pun apa masalahnye? penyokong aliff akan boikot chacha ke? hebat sgt ke aliff tu pon? kowser
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 12:26 PM | Show all posts
Macam macam hal
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
arffa replied at 26-4-2024 11:33 AM
Aku percaya je cakap Chaca sebab voicenote Ruru tu kata tu statement i pada Aliff means dia tipu ali ...

yang kes pegang pinggang kat eskalator tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 02:32 PM | Show all posts
takut kena boikot gak ke sis. lol.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah2 ambik je la mesin detect penipuan..tgk sape menipu...payah bl melibatkan pelakon ni..sbb dia org pandai berlakon... Chacha ni aku br minat dia berlakon citer Perempuan Ilmu Hitam..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.306571 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list