CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24316|Reply: 0

[Terengganu] Lelaki maut, ibu dan bapa cedera kemalangan di LPT2

[Copy link]
Post time 22-4-2024 10:27 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut, ibu dan bapa cedera kemalangan di LPT2



Oleh Rosli Ilham - April 22, 2024 @ 8:27pm bhnews@bh.com.my




Kemalangan membabitkan MPV dan lori di LPT2 berdekatan Bukit Besi, Dungun menyebabkan seorang maut, manakala dua lagi cedera. - NSTP/ ROSLI ILHAM




DUNGUN: Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi MARA UiTM) Dungun maut selepas kereta dipandu ibunya terbabit kemalangan di Kilometer 376.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuantan, dekat Bukit Besi, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.03 petang itu, Abdul Rahman Abdul Rahim, 22, dari Taman Kurnia Jaya di Kuantan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan dada.

Ibu dan bapa mangsa bagaimanapun hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mangsa bersama ibu dan bapanya dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu untuk pulang ke Kuantan.

"Siasatan mendapati kenderaan pelbagai guna jenis Mitsubishi Xpander dipandu ibu mangsa terbabas ke kiri jalan, sebelum merempuh belakang sebelah kanan sebuah lori yang sedang bergerak perlahan di hadapan.

"Ketika itu, lori terbabit sedang melakukan pemeriksaan pagar dawai di kawasan lebuh raya yang rosak untuk dibaiki," katanya.

Maizura berkata, tiga beranak itu tersepit di tempat duduk memaksa sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hulu Terengganu dipanggil untuk mengeluarkan mereka.

"Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat, manakala Ibu dan bapanya yang cedera diberi rawatan sebagai pesakit luar," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.053449 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list