View: 3794|Reply: 0
|
[Terengganu]
Bekas Ahli Maidam dan isteri didakwa salah guna kuasa, tipu tuntutan agihan zakat
[Copy link]
|
|
Lydia Irmawati (kiri) dan Mohamad Zahari (empat dari kiri) didakwa salah guna kuasa dan mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
KUALA TERENGGANU – Bekas Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berpangkat Datuk dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalah guna kuasa dan mengemukakan tuntutan palsu berhubung agihan zakat bernilai keseluruhan hampir RM20,000 sejak lima tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh, Datuk Mohamad Zahari Harun, 64, dan isterinya, Lydia Irmawati Mahmud, 41, membuat pengakuan tidak bersalah selepas sembilan pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.
Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Zahari Harun didakwa menyalahguna kuasanya sebagai Ahli Jawatankuasa Zakat Maidam untuk melantik syarikat milik isterinya sebagai ejen memungut kutipan zakat bagi negeri Terengganu.
Perbuatan tertuduh melantik syarikat Amcare Agency milik Lydia Irmawati itu didakwa dilakukan pada 23 September 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Lyfia Irmawati pula menghadapi lapan pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu terhadap bayaran balik untuk agihan zakat bagi asnaf fakir miskin berjumlah keseluruhan RM19,857.21 berhadap Maidam.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut antara 20 Mac 2020 sehingga September 2021.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu dan 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... tutan-agihan-zakat/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|