CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7362|Reply: 6

[Tempatan] Beras di tapak pelupusan sampah Temerloh tidak selamat, dicemari bangkai tikus

[Copy link]
Post time 19-4-2024 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 19-4-2024 09:40 PM

SHAH ALAM: Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang pada Khamis.

Video itu menjadi perhatian apabila ia dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan TikTok yang kebetulan menggunakan jalan berkenaan.


Rentetan daripada situasi tersebut, rata-rata netizen mula membuat andaian dan memberikan respons negatif kerana perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

Namun, berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, beras dan berapa makanan lain itu dibuang kerana sudah luput tarikh serta rosak akibat disimpan terlalu lama.

Dalam pada itu, pihak SWCorp akan adakan sidang media berhubung perkara tersebut sementara bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said tampil menjelaskan isu berkenaan.

Menurutnya, beras dan barangan dapur itu merupakan stok simpanan yang sentiasa disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

“Barangan dapur ini disediakan menggunakan peruntukan peribadi, sebelum tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022 dan umum mengetahui bahawa dalam tempoh berkempen, tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan.

“Pembelian barangan ini tidak melibatkan peruntukan kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri Pahang. Ia juga tidak melibatkan peruntukan barangan dalam tempoh COVID-19 atau persiapan pangkalan hadapan menghadapi banjir.

“Hasil siasatan di stor simpanan mendapati beberapa ekor bangkai tikus dan beras serta barangan dapur ini telah dicemari bubuk atau kutu beras. Barangan ini tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian pada Jumaat di tempat kejadian mendapati lambakan tersebut telah diratakan dipercayai dilakukan pada malam tadi.

Turut ditemui timbunan bihun yang dipercayai turut dibuang pada Khamis memiliki tarikh luput pada 31 Disember 2025. - Sinar Harian






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2024 07:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hek eleh, cover takleh bagi bears dalam tempoh berkempen. Come on, tempoh berkempen tu 2022, ni dah 2024.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bising2 tu pergi la ambik kasi laki korang makan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Beras tak boleh simpan lama. Patutnya selalu check stock. Beras yg lebihan tu cepat-cepat agihkan. Ramai orang tak tahu yg dalam biji beras tu dah ada telur kutu beras. Tunggu masa nak menetas jadi kutu beras
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Senyap terus isu ni…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 25-4-2024 09:36 AM
Kuin-Kepam replied at 24-4-2024 08:58 PM
Senyap terus isu ni…


Dah dia guna duit dia sendiri, takkan nak dakwa dia kat mahkamah plk. Ada ke akta  larang buang makan yg dah rosak ?
Yang hebuh sgt tu, pergi la kutip bagi anak anak ko makan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.051224 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list