CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5032|Reply: 0

[Sabah] Pemandu cemas, lori dipandu masuk parit

[Copy link]
Post time 17-4-2024 07:19 PM | Show all posts |Read mode


TERBALIK: Lori treler terbabit mengalami kerosakan teruk selepas masuk ke dalam parit dan terbalik.

TAWAU: Seorang lelaki mengalami detik cemas selepas lori treler yang dipandunya masuk ke dalam parit di Jalan Tanjung Batu, di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.25 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori treler yang dipandu lelaki berusia 35 tahun dengan kenderaan pacuan empat roda.

“Pemandu lori terbabit datang dari arah bandar Tawau menuju ke Tanjung Batu, manakala pacuan empat roda berkenaan berada di belakang lori,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, kemalangan berlaku ketika pemandu lori tiba-tiba berhenti apabila nampak sebuah kenderaan keluar daripada simpang dari lorong Jalan Aman.

“Apabila pemandu lori mahu meneruskan perjalanannya, lori berkenaan telah terundur ke belakang dan melanggar pacuan empat roda yang berada di belakang.

“Pemandu lori telah hilang kawalan lalu melanggar sebatang tiang Telekom lalu terbalik, sebelum terjatuh ke dalam parit di sebelah kiri bahu jalan,” katanya.

Champin berkata, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Lori mengalami kerosakan teruk pada keseluruhan badan manakala pacuan empat roda rosak di bahagian hadapan.

“Polis masih meneruskan siasatan dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050070 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list