View: 5820|Reply: 0
|
[Kelantan]
Empat kereta penyeludup petrol disita
[Copy link]
|
|
EMPAT kenderaan dengan muatan petrol disyaki untuk seludup disita ketika membuat pengisian di sebuah stesen minyak di Palekbang. FOTO Ihsan KPDN
Tumpat: Empat kereta milik penyeludup disita kerana didapati membuat pengisian petrol disyaki untuk penyelewengan di sebuah stesen minyak di Palekbang, di sini, semalam.
Kesemua pemandu bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sebaik pasukan penguat kuasa tiba.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, serbuan dilakukan pada 9.30 pagi selepas pasukan membuat pemantauan selama 30 minit.
"Pasukan kami membuat penyamaran dan memantau pergerakan sekumpulan pemandu disyaki penyeludup membuat pengisian petrol ke tangki kenderaan masing-masing.
"Sebaik serbuan dibuat, semua pemandu melarikan diri dan meninggalkan kenderaan masing-masing, malah ada yang belum sempat mengisi petrol," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azman berkata, empat kenderaan yang disita ialah dua Proton Saga, selain Proton Saga Aeroback serta Proton Wira dengan jumlah petrol yang dirampas adalah 250 liter.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua suspek membuat pengisian secara berulang di beberapa stesen minyak, di sini, dengan kuantiti biasa, namun kerap.
"Pemilik stesen minyak turut diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ludup-petrol-disita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|