CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30087|Reply: 0

[Kedah] Wan Azharuddin Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baharu

[Copy link]
Post time 14-4-2024 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Wan Azharuddin Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baharu


Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 14, 2024 @ 8:51pm  bhnews@bh.com.my




Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan (Kiri) menyerahkan tugasnya kepada Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail (kanan) sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baharu dan disaksikan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh (tengah). NSTP/Zuliaty Zulkiffli




SUNGAI PETANI: Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Wan Azharuddin sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang ditukarkan ke Bukit Aman bagi menjalankan tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan) Bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi.

Wan Azharuddin sebelum ini yang pernah bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Muda berkata, beliau gembira apabila dapat kembali ke daerah ini dan yakin dapat melaksanakan tugas dengan berkesan kerana sudah mengenali sebahagian besar pegawai dan anggotanya.

Katanya, beliau yakin dengan kerjasama semua peringkat akan dapat mengurangkan indeks jenayah di daerah ini.
"Selain itu, saya juga akan mengambil langkah bersesuaian untuk membanteras jenayah termasuk mengekang aktiviti haram di daerah ini," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Zaidy yang memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda selama dua tahun menyerahkan jawatan itu di majlis serah tugas antara mereka yang disaksikan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.583000 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list