CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6181|Reply: 0

[Terengganu] Bekas jurukamera ulang-alik 450km cari rezeki di Lembah Klang

[Copy link]
Post time 14-4-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Bekas jurukamera ulang-alik 450km cari rezeki di Lembah Klang

OlehNURFARDLINA IZZATI MOKTAR

14 April 2024 09:40am








Yusof kini bekerja sebagai pemandu e-hailing




KUALA TERENGGANU - Seorang bekas jurukamera sanggup berulang-alik sejauh kira-kira 450 kilometer (km) dari Terengganu ke Kuala Lumpur pada setiap minggu demi mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing.

Yusof Mohd Ali, 44, berkata, keputusan itu diambil selepas dia tidak lagi bekerja dalam bidang penyiaran sejak Disember tahun lalu.



Menurutnya, dia memutuskan untuk ke Kuala Lumpur selepas melakukan perkhidmatan pengangkutan itu di sekitar Kuala Terengganu selama hampir sebulan.

"Saya buat e-hailing di Kuala Lumpur sebab di sini sambutan agak kurang. Kalau dalam sehari kat sini boleh dapat RM100, di sana meningkat sekali ganda dalam RM250.



"Pada hujung minggu pula jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini naik tiga kali ganda sehingga boleh mencecah RM400 sehari," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.


Yusof nekad berjauhan dengan anak dan isteri semata-mata untuk mencari rezeki.




Menurut Yusof, dia nekad untuk berjauhan daripada anak dan isteri semata-mata untuk mencari rezeki bagi menyara mereka sekeluarga.

"Mula-mula sampai di Kuala Lumpur saya tidak tempat untuk tinggal. Tiga hari juga saya terpaksa bermalam dan tidur di dalam kereta.




"Sekarang untuk tempat tinggal saya tiada masalah sebab saya sudah menumpang di rumah saudara," ujarnya.


"Bila ada rakan-rakan yang ajak dan sarankan saya ke sana maka saya nekad untuk buat satu benda baharu, mungkin ada rezeki lebih baik yang memerlukan sedikit pengorbanan.

"Sejak mula kerja di sini 20 Februari lalu, setiap minggu saya balik ke Terengganu. Mula-mula rasa jauh bila dah lama sikit rasa macam biasa," katanya yang masih tidak melupakan kerjayanya sebagai jurukamera sebelum ini.

Yusof memberitahu, setiap hari dia akan keluar seawal jam 7 pagi dan pulang ke rumah sekitar jam 10 malam.

"Kerja seperti ini memanglah penat. Lagipun saya tidak tahu selok-belok jalan di Kuala Lumpur dan terpaksa guna bantuan GPS (Sistem Pengesanan Global) untuk ke sesuatu tempat.

"Saya bersyukur...kepenatan yang dirasai itu terubat bila dapat gaji. Dengan duit yang ada itulah saya boleh tanggung keluarga selain buat persediaan Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya," kata Yusof.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.265299 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list