CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3981|Reply: 0

[Dunia] Indon.....Ibu dan empat anak diusir suami menjelang hari raya

[Copy link]
Post time 11-4-2024 08:06 PM | Show all posts |Read mode
Ibu empat anak diusir suami menjelang hari raya

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... enjelang-hari-raya/

Oleh KOSMO!
9 April 2024, 8:30 pm


IBU empat orang anak yang diusir suami dan mentuanya mendapat pertolongan daripada seorang wanita. - Foto Instagram Polis Banten

JAKARTA – Seorang ibu bersama empat anaknya yang diusir oleh suami serta mentuanya kehabisan wang di Banten ketika dalam perjalanan pulang ke Surabaya menjelang Aidilfitri, lapor laman berita TribunJatim hari ini.

Video memaparkan kisah itu dimuat naik di akaun Instagram Polis Banten baru-baru ini.

Dalam video tersebut, seorang anggota polis melihat wanita berkenaan berada dalam keadaan bingung di pinggir jalan, tidak jauh dari Pelabuhan Merak.

Dia kemudian berbual dengan wanita itu yang memberitahu bahawa mentua dan suaminya memarahinya sehingga menyebabkan dia diusir keluar dari rumah.

Bagaimanapun, polis wanita itu kemudian memberikan wang untuk si ibu meneruskan perjalanan ke Surabaya.

Klip video itu kemudian mendapat komen daripada netizen yang memuji sikap anggota polis tersebut membantu ibu empat orang anak itu. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.047971 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list